Assalamualaikum. Saya sekadar berkongsi secebis kisah hidup saya..
Pada tahun 2000, saya di sahkn menghidap Asma. ketika itu saya telah pun ada seorng anak. tapi tak lah teruk sangat tapa sejak dikurniakn anak ke 3. Asma saya kerap berlaku. saya sering di serang asma masa saya tidur. kul 2,3 pagi. Tiap kali kena asma saya akan batuk tanpa henti, sukar nak bernafas.
kerana tak ingin menganggu tidur suami saya akan tidur di ruang tamu.
Kekerapan asma, buat suami mula merungut. masih teringat hingga kini kata2 suami yang betul2 menghancurkan hti saya hingga kini..”Awk ni asyik semput je.. tiap kali nak on semput, bosan la ..”Ya! Allah gugur airmata saat dengar kata2 itu. Saya tak minta sakit ini.. tapi kenapa suami tak boleh nak faham. saya selalu berdoa, andai sakit ini penghapus dosa2 saya. saya ikhlas menerimanya sebab tu saya tak rasa sakit ini sebagai beban bagi saya tapi rupanya ia menjadi beban pada suami.
Sejak itu saya menanggung sakit itu sendrian. tiada urutan dari suami. tiada usapan di belakang melegakan sesak nafas saya. hanya anak yang bongsu, saya sering bangun mengusap belakang saya. Tiap kali anak dengar saya batuk2, cepat2 dia ambil inhealer saya.. Hinggalah 1 hari mak mertua saya mengalami msalah penafasan. paru2 berakhir yang kritikal.. yang buat dia keluar masuk hospital. dan saya la yang menjaga mertua sebab saya thu siksanya bila kita tak boleh bernafas rasa nk terputus nyawa.
Melihat kesengsaraan mak dia, sedikit2 suami mula fham apa yang selalu Saya lalui ketika asma. Akhirnya, mak mertua meningg@l dunia secara tiba2 kerna sesak nafas. dan itu tamparan hebat buat suami. Saya selalu memohon agar Allah ambil la nyawa saya ketika tidur tanpa menyusahkan sesiapa untuk menjaga saya. Sejak mertua meningg,@l, nampak perubahan pada suami. dia mulai risau bila saya kena asma..
Apa lagi bila saya tiba2 di serang asma yang teruk yang buat saya terpaksa di tahan di wad dan yang paling ironiknya.. saya diletakkn di wad dan katil yang sama ketika saya menjaga arwah mertua saya..
Sejak hari itu suami lebih perihatin. dengar je saya batuk2. cepat dia tanya Asma ke?. dan cepat ambil ubat saya walaupun dia tinggal tidur dia akan bangun dan urut belakang saya hingga lena. Sekarang suami diuji sakit batu karang ada sekali tu kerana terlalu letih saya tertidur esok pagi suami merungut sebab saya tidur ketika dia sakit..
Saya beritahu suami, baru sekali Saya terlelap tapi dia dah merungut.. Bayangkan lah, saya yang berpuluh tahun menanggung sakit tanpa dia peduli malah asyik merungut saja..
Alhamdullilah, hubungan kami kini lebih perihatin antara 1 sama lain.. Apalagi, faktor umur kami yang dah 40 seiri..
Semoga Allah beri kami Kekuatan dalam menghadapi ujian kesihatan. semoga di beri keringanan sakit dan kesembuhan..
Sakit itu penghapus dosa. Sakit itu jua ujian bgi pasangan kita.. Renungkan lah. Terima kasih, pada yang sudi membaca.




