salam warga KRT..saya ily…saya ni MJ(status buatan sendiri sebab hakikatnya saya sah isteri orang …walaupun hanya dalam kertas)…
nak mula kan cerita. saya ni jenis yang suka berkawan dengan sesiapa. Tak kira tua muda.. suami orang mahu pun bujang.. (tapi msh ingat batasan). akhir tahun lepws saya pasang niat nak mantain kan diri sendiri untuk tak punyai ramai kawan. akhirnya saya stay berkawan dengan seorang budak ni. saya namakan dia dengan X (bujang lagi).
Saya dengan x memang lama dah berkenalan cuma keadaan dan waktu kerja yang menjadi perantaraan. menyebabkn kami tak pernah brsemuka. Ada la videocall sekali dua. lama2 kenal tu rasa selesa la juga. Sebab dia la semangat saya nak terus kan kehidupan.. susah senang saya semua saya kongsikan bersama dia. kiranya dia tahu semua tentang saya cuma tinggal bahagian dalam badan saya je yang saya tak dedah kan pada dia.
Suatu hari. masa perayaan lepas. kitorang janji untuk bersemuka…(ok semuanya berjalan dengan lancar). maseh juga berhubung sampai sekarang. cuma baru2 ni saya dapat tahu dia ada kawan perempuan lain saya tak cemburu cuma saya tak suka orang bermuka2 apa lagi dia dah tahu segalanya tentang saya. mana tahu esok lusa atau sebelum ni dia dah buka topik tentang saya pada kawan perempuan dia tu. ape yang saya patut buat? teruskan berkawan atau biarkan dia macam tu saja?. saya sayang dia sebab bila saya susah selalu nya dia menjadi pendengar. sekarang ni macam mana.. X kalau awak baca kisah ni dan tahu siapa saya. Jujur la cakap. saya ni kawan bila perlu kah atau kwn sepenuhnya? kadang kata2 saya ikhlas walaupun berupa gurauan.




