Assalamualaikum admin dan semua warga krt.. hendaknya semua sentiasa dibwh lindunganNya. Aaminn. untuk admin terima kasih siarkan kisah rumah tgga aku ni. Aku seorang ibu beranak 5,skrg tengah berpantang anak yang ke5… Alhamdulillah Anak2 aku sihat. diberikan akal yang cerdik dan cergas tak banyak menyusahkan memahami susah payah ibu ayah membesarkan mereka. tidak meminta2. ada. ada lah. tak de mereka hanya pendam. Ibu tahu Anak2 tapi apa yang mampu ibu lakukan hanya menyuruh mereka bersabar. In Shaa Allah ada rezeki kalian nanti.
Admin,aku pernah cuba meluahkan isi hati kat sini tapi admin tak siarkan takpe aku faham mungkin belum rezeki Anak2 aku lagi. kalau admin ingat aku pernah PM admin mengatakan yang aku nak beli brg2 baby terpakai. tapi bukan pasal barang2 baby yang aku risaukan sekarang, Buntu aku memikirkan dengan keadaan aku yang payah nak bergerak sebab berjahit sampai ke lubang dubbur Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Allahuakbar..
3 hari lepas ada 2 orang cine datang rumah marah2 maki2 minta duit. dia cakap laki aku pinjam tak bayar, call tak angkat wassap tak balas. aku tanya pinjam apa? saya tak tahu pun. cina tu cakap suami u ada pinjam sama company kami bulan 12 hari tu… Allahuakbar. aku cuma mampu katakan yang aku tak tahu apa2. apa2 bincang semula dengan suami saya. diaorang bagi amaran lepas ni kalau tak bayar diaorang hantar orang datang rumah cari. Aku masa tu dengan anak kecik dengan sakitnya nak berjalan hanya mampu menangis..
Malam suami balik kerja aku tanya. aku terpaksa tggu dia blk kerja baru tanya sbb aku tak de hp. ni pun pinjam hp company suami. Abang tadi petang ada cine datang minta duit. Abang pinjam ahlong ke? kenapa sampai macam ni sekali?ayang dengan Anak2 menyusahkan Abang ke? suami aku diam tak jawab. aku kata lagi Abang dah membahayakan nyawa ayang dan Anak2. aku nampak dia kesat mata. aku tahu dia menangis. Abang terpaksa ayang. Abang dah tak tahu mana nak cari duit untuk Anak2 nak sek. Abang penat meminta2 dengan orang Abang malu dengan kawan2 asyik muka ni jer nak pinjam..
Abang pinjam tak banyak hanya Rm2000 untuk beli kelengkapan sekolah Anak2. Abang dah bayar rm1000 tak tahu pulak diaorang naikkan bunga. sekarang jadi Rm3k. mana Abang nak cari duit ayang. bukan Abang tak usaha bukan Abang tak kerja. Allah masih belum mendengr doa kita. aku hanya mampu menangis kelu lidah nak berkata2. perit tekak waima mahu menelan air liur. Sumpah demi Allah aku tidak tahu seserius ini keadaan kami. selalu suami berusaha melengkapkan apa yang kurang walaupun lambat mesti ada jugak akhirnya. Bersalah nya aku Ya Allah aku tak mampu menyenangkan suamiku. Sekarang aku buntu,aku takut kalau ahlong tu dtg rumah lagi. kemana harus aku pergi kemana harus aku bawa Anak2.. Allahuakbar.




