Assalamualaikum min, tlong hidekan profile saya min. tq min. Saya sudah brkahwin hampir setahun, alhamdulillah skrg saya tgh kndungkan anak sulung kami. Antara saya dan suami mmg tak ade apa2 rahsia. Nak dijdkan crita worksmate suami yang saya beri nama ira (bukan nama sebenar) ira ni baru masuk kerja 5 bulan, dan suami in charge di resort. Suami saya ni jenis yang penyabar tak suka marah2 orang. Jadi sbrang masalah mmg diorang akan inform suami sblum site manager. Saya tak pernah ada masalah dengan worksmate perempuan suami tapi si ira ni lain sikit min. Setiap hari nak wassap suami saya kononnya tak faham itu ini, sptutnya tempoh training 3 weeks tak kanla tak reti lagi? baik resign je.. Yang tu tak pelah mungkin dia betul2 tak tau.
Bukan tu je min, hari makin hari dia makin naik lemak selalu wassap suami ajak gossip ko rase min? tak pelah saya anggap mumgkin worksmate lain tak nak kawan dengan dia. Yang tak ada kena mengena dengan krja pun dia sibuk cari suami saya. cerita ni bukan brhenti takat ni ja, ada lagi min. Baru2 ni saya ada call suami, nak tnya sama ada dia sempat balik lunch ke tak, ya allah dia lngsung tak hormat suami, boleh pulak dia menyampuk last2 suami tengking dia. dah latu stiap kali suami cuti, dia sibuk call suami kt mana mengalahkan boss besar. dan bru2 ni saya masuk hospital, suami ambil cuti untuk jaga saya dihospital nak dijadikan cerita dia sibuk call suami smpaikan suami marah dia sbb lngsung takhormat wktu cuti suami dan saya yang tgh sakit.
Bukannya tkda worksmate lain, suami saya juga yang dia nak cari.. Yang paling terkini, dia punya nakkan perhatian suami, dia cakap boss besar sukakan dia dan ajak dia kawin. Kenapa ngacung kt suami saya dan bukannya parents dia? aduhmak.. Saya perempuan jdi saya tau sangat orang yang mcmni dia nakkan perhatian lelaki yang dia suka mmg akan buat mcm2 cerita untuk make conversation. Adakah ini ciri2 ba*i yang menyondol suami orang atau saya yang terlebih risau sebab pembawakkan budak? Saya nak minta pandangan makcik dan pakcik onion boleh? tq min




