Assalamualaikum admin.. Nak luah sikit..
Saya ni penjual online dan bekerja.. nak tolong suami tambah income.. saya pula ada kereta.. ada hutang bank lagi.. saya kerja swasta jak.. gaji pun biasa2 saja.. bukan nak berkira ka apa… Tapi gaji suami saya tak perna nak minta unt k bayar itu dan ini.. suami hanya perlu bayar bill air dan api setiap bulan.. dan belanja dapur 1 tak sehari, rokok dia, duit minyak kereta segala dia tak perlu fikir sebab dia tak ada kereta, motor dia pula lama dah tersadai bawah ruma, orang nak beli dia tak jual konon ada kenangan..
Saya pula kena bayar kereta, bayar pengasuh anak, sewa rumah, susu anak, belanja sekolah anak dan yuran bulanan anak.. baru2 ni raya, baju saya dan anak2 saya sndiri keluar duit tempah biskut duit saya yang bayar dia baju dia sndiri pun dia berkira taknak beli.. saya ni kerja kuli jerr… suami pula kerja gomen beruniform.. sini saya bukan nak bangkit isu belanja apa kaa.. tapi saya nak luah sikap suami saya..
saya nak bejual itu ini kena bagi had.. nak promote barang jualan “mi, gambar barang tu biar barang ja jangan mi selfie dengan barang2 tu” “mi kalau nak promot jualan tu jangan tunjuk muka tu” “tak perlu la live d fb tu mi.. jangan dedahkan sangat muka mi tu tempat mi tu”…
Saya tak bole nak jawab apa.. sikit2 psiko dia “jawab jadi isteri derhaka”
Sekarang ni berlambak orang jual online.. nak buka kedai.. pun dia tak bagi.. kalau jual online serbah serbih tak boleh.. nak promot barang pun ayat tak bole nak buat ala2 kakak bawang macik bawang.. dia nak saya post
Barang:
Harga:
Pm kalau berminat…
Susah nak faham orang macam ni… tiap malam suami cek inbox saya kalau2 saya ada chating dengan cust lelaki.. Kalau gambar selfie saya post di fb confirm begaduh teruk.. tapi kalau dia post gmbr selfie dia bole pula.. kalau saya tegur dia cakap dia lelaki jugak.. saya bukan nak cakap apa.. saya cuma nak berniaga.. gaji kami suami isteri memang tak cukup.. kadang kalau jualan down sampai kan sewa ruma saya tertunggak.. tapi saya diam jer usaha sndiri cover mana tak cukup..
kalau cerita pasal curang ni pula saya perna tertangkap dia chit chat dengan perempuan.. Bila saya chit chat dengan kawan kerja lelaki pasal kerja pun dia sibuk pergi baca semua conv saya.. saya nak bisnes jerr… Saya nak anak2 saya enjoy masa kanak2 dorang tanpa had.. tunai kan segala permintaan anak2..
Tolong hide profile saya yaa.. tq




