salam krt. saya tak ada tempat nak meluah. meluah kat suami pun dia buat tak tahu malah jadi gaduh. saya sedang mengdung tinggal tunggu hari je nak mletop. punyai sorang anak laki umur setahun 4 bulan. saya bergaduh dari petang sampai ke subuh. punce ye saya call dia suruh dia balik ke rumah jaga anak kejap yang tengah merengek ni. sebab saya da tak larat nak layan kerena anak saya tu. kena dkung je, bila letak or tinggal melalak. Lagi tenga perut membesar macam ni mane boleh dukung sangat lama2. lagipn saya tengah masak, jadi ye tergendala kerje saya kat dapor.
Suami saya keluar hantar laptop lepas tu pergi melepak dengn membe kat kedai, dia kata nak minum. saya tahu dia sambil main pubg. saya call tak nak pickup malah dia reject. Saya wasap dia cakap kejap nak balik ni. tapi sampai 1 jam tak balik juga. Saya dukung anak sambil masak entah ape rasa hantam jela tengah kalut. bila saya call lagi dia angkat saya tegas suruh balik. dia cakap nak balik la ni dengan nada macam terpaksa balik sambil cakap yang msak tu kenapa, sebab tengahari saya tak masak sebab pening, petang baru saya masak.
Bila dah balik tu langsung tak tegur saya dia ambil anak langsung mandi kan dan saya teruskan masak bila da siap masak dan mandi saya pun dok jela kat blik dah dia pun buat nampak tak nampak je saya kat dalam rumah tu. Sampai la pukul 12 malam saya tunggu nak tengok dia makan tak saya masak tadi. tapi tak makan. saya tgur la tak reti hargai dan berterime kasih dah masak tak makan, saya cakap saya kecewe. dia cakap saya masak tak ikhlas dan merungut sebab suruh dia balik. saya ckp ko tak kesian ke kat anak bini da tengah sarat suruh balik kejap pun susah nak tunggu magrib baru nak balik. ko nak keluar tu bawak la anak senang aku nak buat kerje, aku pening pun aku bangun jugak.
Dia cakap macam selameni masak takad beli. aku ni nak save kan duit ko malam tak payah beli ko boleh cakap macam ni. da ni membzir pulak ko tak makan. Lepas tu tak abis dia suruh saya pergi mmpus pergi berambus, tengah malam pulak tu dengan bawak perut macam ni. kejm sangat. saya sikit pun takad sumpah serana dia dan cakap nak keluar rumah. jadi saya tercabar setiap kali gaduh mesti perkataan tu keluar dari mulut dia. saya da wrning dia sebelum ni, kalau perangai tak berubh gak ceraikan aku jangan tahu buat anak je, aku minta ko paham perasaan aku bini nak beranak da ko lagi bagi stress. dia mmpuskan saya. saya cakap patot ke suami doakan macam ni patotnya doakan bagi selamat.
Dia cakap ko nak pergi sangat ko pergi laj mintak fasakh, saya cakap kalau hati ko da betul2 tak boleh terime aku kenapa ko tak lafaz kan je, jangan susah kan kerje aku, mintak fasakh pun bukan ye senang process ye dan ko pun tak bagi kerje sama. saya cakap aku mintak ko duit untuk perancang pun ko susah nak keluarkn duit. Aku minta ko sediakan duit rm500 nanti aku nak pasang implan or iud. dia boleh cakap buat ape pasang aku ta knak buat dengn ko dah Allah sebak hti saya. kalau macam tu untuk ape lagi simpan saya. Dia tak bagi jawapan ape pun tentang perasaan dia terhadap saya, dia ungkit semua dulu pasal nak kawe dari saya bersalin kan anak pertame memang saya takad gune peranncang dan jarang bersame bila bersame 1 mase to dia sengaja buang dalam dan sangkut la anak yang kedua ni lepas tu bergado dia boleh pulak suruh ggurkn.
Dia cakap saya yang tak nak anak saya merungut. perempuan mane yang tak suke bila dapat tahu prgnnt walaupn sebsnra ye stress anak masih kcil. saya boleh je prgnnt takad niat pun nak ggurkn saya tahu dosa dan saya cakap kat dia tak bau syurga kalau kita gugur kn. dia buat tak thu. Saya minta dia pahm je msa saya prgnnt ni. buntu saya semua bende lagi anak kcil lagi. dan saya baru2 ni bru lps admit wad. saya cadang nak pantang sdarii nti. saya mmg hrpkn dia jga saya msa pntg taknak dia lepas tangan sebab dulu pantang fmly jaga dan anak skit,saya masih lagi trauma. kali ni fikir nak pantang betul2 kat rumah sendirii tanpa sesak dengan orang dalam rumh..
Tapi dalam masa yang sama saya risau dan bersedih fikir kan hal ni. kalau macam ni gaya cara dia layan saya macam mana penting nanti. sekarang semua bnde nak kena ingtkan dan suruh dulu baru nak gerak buat. suruh tolong basuh kan btol susu buat susu. bila dia da tdo anak nak susu bangun pun susah nak g buat. saya gak yang bangun .saya ni tak pernah cukop tdo..selalu 2 3 jam je dapat tdo. Tapi dia mengalahkan orang prgnnt kuat tidur. saya tak tahu lepas bersalin nanti ape perlu saya buat. Saya malu jugak kat jiran dengar teriak bergaduh ni.. kadang punce pasal duit. mentang2 tahu saya bisnes online ada duit sikit fikir saya boleh beli ape je. untuk barangan bersalin pun saya beli sendirii kat shopee cari hrga yanh budget. Enta la saya tak tahu nak cerite macam mane. kalau paham2 la. saya betil nekad nak cerai je tapi tak tahu cara dan saya tak kan benarkan dia jumpa anak2 nanti.




