hide profile ku min… just wanna share… aku bercinta dengan office mate aku tapi aku dah berkahwin gaji aku kecil je. 2 bulan sebelum cerai.. aku resign dan tak ade keje lagi.. tugas aku hantar anak sekolah, ambik anak. wife aku keje gov tak ada pngkat pun, dia tak hormat aku langsung min.. tapi dia baik dengan mak aku. dia seorang ibu yang baik tapi bukan isteri yang baik..
Aku tak boleh nak belikan barang mahal2 macam kawan2 dia dan wife aku ni, kalau ikut rujukan aku dengan 2/3 org ustaz… dah dikira nusyuz.dia dah failkan cerai dan aku dah ceraikan dia 5 bulan lepas.. walaupun aku tak rela kerana aku sayang dia sebab kami dan berbelas tahun bersama cahaya mata pun dag 3 orang…
Berbalik pada officemate aku dia baik sangat min walau aku ni menganggur dia support aku kalau aku tak ade duit dia bantu aku terlalu banyak min dia tolong aku sampai tak terbalas budi dia.. Aku plan nak kawin dengan dia tahun depan dan sekarang Alhamdulillah..aku dah ada kerja yang baik.. mengajar di kolej swasta je la.. plan nak kawin dengan oficemate aku dipercepatkan..
tapi tiba2 ex wife aku muncul balik min katanya dia sayang aku..dia menyesal dengan sikap dia.. dia tak boleh hidup sorang. dia sangat perlukan aku. kalau tanya aku sayang ke tak tak wife aku. memang aku sayang sangat kat dia min, belas tahun hidup bersama dan aku buat keputusan untuk rujuk balik.. dan tiggalkan officemate aku ni.. Aku tak yakin boleh adil kalau ada 2 bini salah ka aku ni min..




