Asalamualaikum admin. Boleh siarkan soalan dan coretan saya tak. Begini, saya dah hampir tiga tahun berkahwin. Saya dan suami tak pernah ada masalah apa apa melainkan masalah yang berpunca dari ibu nya. Alhamdulillah saya dapat suami yang sangat baik. Tapi saya ada beberapa kemusykilan. Begini ceritanya. Sejak saya berkawin, saya tahu yang mak mertua saya tak berapa suka kan saya. Sepanjang tempoh perkahwinan, mak mertua saya macam macam mengata, perli sampai saya rasa betul betul putus asa dan sampai satu tahap saya rasa saya nak tinggal kan suami saya. Saya selalu luahkan pada suami saya. Tapi dia buat tak tahu sahaja. Bila saya bgitahu suami saya, dia marah saya balik. Dia terlalu ikut dan kehendak emak nya.
Ya ,saya bersyaukur sebab dia memang seorang anak yang taat. Tetapi taat dia tu melampaui batas.
Saya tahu duit dia selalu dia habiskan untuk emaknya tapi tanpa pengetahuan saya. Saya muskil sebab bila tiap kali emak dia bagi arahan semua dia turuti. Contoh pertama kalau minta nak makan char kue tiaw, dia mat! mat!an akan cari sampai dapat. Contoh kedua, bila saya ajak suami keluar bersama. Dia akan ajak emak nya sekali. Kalau sekali dua saya tak kisah, tapi berkali kali dia pasti akan ajak emaknya. Saya dan suami tinggal di rumah sewa, walaupun hujung minggu saya ajak suami saya keluar. Tapi dia akan senyap senyap text mak dia ajak keluar sama. Kesimpulannya semua yang mak dia nak, dia akan turutkan sampai saya rasa berlebih lebihan turutkan kehendak emak dia.
Apa yang saya perhatikan, bapa mertua saya pun terlalu ikutkan kata mak dia. Kalau ditenking tengking, bapa mertua saya senyap dan tunduk sahaja. Untuk pengetahuan semua, semua pakai makan bapa metua saya dia uruskan sendiri. Makan sendiri, basuh baju sendiri, jemur baju sendiri. Buat kerja rumah contoh menyapu, kemas rumah, siram bunga. Saya pelik, kenapa bapa mertua saya terlalu tunduk dgn kata kata dia padhal makan, pakai, minum smua tak terurus. Dan saya musykil, kenapa anak anak dia terlalu ikutkan kemahuan dia sampai tahap melampau2. Adik ipar saya bila balik kg, pasti habis kan duit beribu2 untuk ibu dia. Padhal anak dia akan bina masjid tak lama lg dan mestinya banyak nak pakai duit. Tapi dia tak kisah janji duit anak2 dia yang control. Saya curious. Orang sekeliling pun pernah bagitahu saya yang anak anak dia “anak mak”. Persoalan kedua, masa awal perkahwinan, saya menetap di rumah mak mertua dan saya pernah beberapa kali disampuk. Saya pernah bermimpi 3 malam berturut-turut benda yang sama. Mimpi tu begini.
Hari pertama saya mimpi ada seorang pakcik tua datang dekat saya dia bagitahu dalam rumah tu ada benda kotor. Malam kedua pakcik tu datang lagi dlm mimpi saya dia bagitahu benda yang sama. Dia bgitahu tolong buang benda kotor yang ada dalam rumah tu kalau tak sengsara nanti. Dan malam yang ketiga pakcik tu datang marah marah saya bagitahu kenapa tak buang juga benda kotor yang ada dalam salah satu bilik di rumah mak mertua saya. Saya suarakan pada suami saya.
Dan suami saya suarakan pada emak dia. Tapi mak mertua saya buat tak kisah sahaja. Sama macam dia buat tak kisah masa saya kena sampuk. Seolah mcm tak ada apa apa. Jadi saya pun biarkan sahaja smua tu. Benda ni berlarutan sampai tiap malam saya slalu dengar ada benda terabur di atas zink rumah seolah olah bunyi pasir dan guli. Saya tak tahu kenapa saya tak suka sgt jekak kan kaki kerumah mak mertua saya. Kalau saya balik kesana, saya akan rasa benci sgt pada suami, selalu nak bermasam muka, dan marah tak tentu psal..
Saya ada syak yang mak mertua saya ada amalkan benda yang pelik sperti ilmu penunduk. Saya tahu tak baik berburuk sangka. Tapi macam mana ya saya nak buat untuk pastikan ada sesuatu yang tak kena dgn mak mertua saya. Saya takot suami saya terlalu lebihkan mak dia sampai satu saat dia akan turutkan kata kata mak dia if mak dia suruh tinggalkan saya. Maaf kalau ayat saya beterabur. Mohon pendapat semua. Terima kasih.




