assallammualikum tuan admin. maafkan saya mengganggu.. saya ingin luahkan apa yang terpendam dalam hati saya. saya isteri pada seorang suami yang amat baik dan penyayang. 3 tahun lepas pernah saya menceritakan dalam krt berkenaan beliau menikahi bekas pelacur dan sekarang sudah hampir 3 tahun mereka bersama tapi tanpa pengetahuan saya. suami berusaha menyorok kan beliau dari pengetahuan saya dan anak2. namun dapat dihidu oleh keluarga mertua saya kerna perempuan itu pernah datang ke rumah menyamar sebagai kawan sekerja beliau juga pernah hadiri majlis2 suami dan akhirnya sampai ke pengetahuan saya.
Saya pernah bertanya pada suami adakah itu pilihan nekad dia selain kami tapi dia akan melenting dan marah serta abaikan kami tapi tak lama selepas saya sejuk hati beliau akan balik. Begitulah sekarang perempuan sedang berusaha menunjuk pada semua orang dia sudah berkahwin dengan suami saya hati saya makin hancur admin . suami bila saya ucapkan kata talak dia akan berusaha mencari jalan agar saya percaya kan dia. Setiap itu lah jua dia akan berkata perempuan tu sengaja menyakiti saya. dn perempuan itu juga.
kata suami tidak boleh beranak itulah ayat2 beliau jika saya mahukan talak. Ikutkan hati saya admin saya anggap itu doa dia sebagai suami pada isteri beliau. allahu. Saya cuba terima semua ini. Namun sya*tan selalu berbisik kejahatan. selagi saya boleh bertahan saya berusaha demi anak2. wahai perempuan. saya tahu kamu baca kisah ini. saya tahu kamu juga tahu ini kisah kamu. percayalah. Kamu hanya mahukan kesenangan dengan menikahi suami orang.
Biarpun disempadan. kemewahan kamu sekarang adalah kesengsaraan kami yang terpaksa dikurangkan belanja bulanan kami. untuk membayar kereta,rumah,dn belanja kamu. travelling kamu kerna kamu tidak berkerja. Lailahhailla anta subhanaka inni kuntum minaz zallimin. jika kamu berniat me zalimi kami. saya berdoa moga allah swt bagi pertunjuk kepada kamu. Terima kasih admin. terima kasih terima mesg saya. moga bila dipos perkara ini akan membuka mata perempuan2 yang mempunyai niat tidak baik pada rumah tangga orang lain. assallammualaikum




