Assalamualaikum min tolong hide profile fb aku ya.. Aku seorang isteri suri rumah sepenuh masa. Ada buat on9 biz sikit2 untuk tampung perbelanjaan rumah
Anak 5 orang. Suami kerja biasa2 je..gaji tak tentu. Aku tak pernah minta duit nafkah min. banyak aku yang keluar duit
Tapi tak ape adat lah laki bini kan.
Aku memang takada kawan2 rapat dan sedara mara rapat. tak tahu nk luahkan pada siapa lagi. mak dah lama tak ada.
Ayah pulak aku semakin dia susah hati. dah tua. Hati ni dah remuk min. dicantumkan banyak kali pun tak kan sama macam dulu…
Tangka orang2 yang aku sayang. yang aku percaya tipu aku hidup2. Bukan sekali tapi berkali kali. aku sabar min sebwb aku kalau minta cerai tak tahu arah tujuan dengan anak2 kecik2 lagi ni. karang tak sekolah pulak dia orang. Hidup tunggang langgang nanti
Adik aku ada hubungan dgn suami aku min. Kalau dengwn perempuan lain aku tak kesah lagi min. hati aku dah tak ada rasa ni. Adik aku selalu minta topup
Minta beli baju. minta duit. Nak makan mcd. Jalan sana sini. Mula2 aku abaikan hasutan jahat dalam kepala aku min
Sebab dia adik dan suami aku…
Lagipun suami aku dengan adik2 perempuan memang rapat. tapi lama2 aku tengok dah lain macam. Keluar jalan berdua malam baru balik. Pergi mkn kfc mcd berdua je. Kami ank beranak mlm nasi telur kicap je tapi dia Beli kan macam2 baju beg bagai.
Aku dengan anak2 ni recyle je apa ada. Mereka tangkap gambar sama2
Adik aku boleh pegang handphone suami aku bagai. Aku nak sentuh pun jarang2 min. Baru2 ni suami pergi out station kata suami aku pergi kedah tup tup aku tahu dari orang lain adik aku pun ikut sama…ni kali ke 2 mereka tipu aku.
Aku marah..memang aku mengamuk habis. Aku terlepas cakap. aku cakap adik aku betina sun dal dan Laki aq jan tan syal
Start dari tu adik aku tak berani jumpa aku. Wasap fb ig call diblock nya aku.
Suami aku. aku malas nak layan dah. dia marah aku suruh aku minta maaf kat adik aku. sorry to say laa sayang aku yang sekarang bukan tunggul kayu lagi.
Nak halau aku silakan, Nak ceraikan silakan. Tapi jangan sentuh anak2 aku. Kepada adik aku. Terima kasih ya untuk segalanya. Terima kasih sebqb pandai jaga layan suami aku. aku ni tak sempurna macam kau. Kepada suami aku
8 tahun aku pertahankan hubungan kita.
Nak curang silakn tapi bukan dengan adik beradik darah daging aku. Aku dah tak ada hati itu. dah tawar semuanya. Maafkan aku dunia dan Akhirat. Doakan aku kuat yaa korang. untuk hadap apa yang akn jadi lepas ni. aku suka baca krt ni. sekurang kurangnya boleh lupakan rasa sedih aku.