Assalamualaikum hai admin. Boleh hide kn profil saya. Saya cuma nak meluah. Sebab nak meluah pasal kisah rumh tangga saya. Nak mluah dan mgadu dengan siapa2 pun macam susah..
Jadi saya meluah kat sini ja. Dan minta pendapat sekali.. Begini. usia perkawinan kami sekarang dah nak 6 tahun. 25 hb 12 ni anniversary kami yg ke 6 tahun.
Selama ni suami saya dah banyak kali kantoi curang dengan saya.. Kantoi berwhecat berwtsap dan sampai kat fb perempuan di bawa berkenalan dan lama2 berlarutan bercinta. Sudah banyak kali saya bukti kan suami saya curang melalui hp. Media sosial. Dan paling saya sakit hati bila baca chat mereka yang lcah2 dan sampai minta gambar b0gel..
Dan perempuam tu melayan juga.. Allah je yang tahu perasaan saya Time tu.. Allah.. Bukan sekali dah lebih 3 kali dia buat hal sebegitu. perempuan seksi perempuan alim2 pakai tudung baju labuh pun melayan juga dan bagi gambr b0gel.. Dan yang membuat saya kecewa suami saya mengaku masih bujang belum berkahwin. Bukan sekali dia buat Saya begini. Time saya dalam pantang anak pertama dia pun buat hal yang sama juga oncall tenga malam layan hp ja. Pernah malam tu dia kantoi dengan saya. dia video call dengan prmpuan lain. Berbuka baju lgi. Dan prmpuan tu pun sama.
B0d0h nya Saya Time tu percaya ja cakap suami.
Macam2 alasan dia bagi untuk tutup semua kesalahan nya.. Sampai depan2 mata saya dia install tu app whecat. Tu kisah yang dalam pantang yang anak pertama. Baru2 ni saya mengandung anak ke2 pun sama dia buat hal juga dia kantoi juga oncall tengah malam sampai keluar rumah. Bercakap kat dalam gelap saya pun pelik. Bila saya tengok dan perhatian kan dia bercakap dengan hp. Bila saya keluar rumah terus dia tutup kan panggilan. Masuk terus ke dalam rumah. Bila saya ni cek hp dia tak ni bagi. Sampai la dia marah dan geram sebab Saya dah tahu apa dia buat walau pun dia tak bagi tau lgi.
Firasat saya kuat mengata kan dia curang.. Dan saya minta hp tu nak cek no tu saya sempat ambik no hp perempuan tu. Terus suami ambik hp terus dia buang kat lantai pecah dan rosak.. malam tu saya menangis ja berdoa minta Allah tunjukkan apa yang terjadi. Bila esok nya saya call no perempuan tu. Dan tanya apa hubungn dia dengan laki saya kenapa oncall walau pun dah tengah malam. Perempuan tu pun cerita kan semua nya dengan saya. Doranng berkenal di group wasap. Group luc@h. Hp suami saya Time tu pun saya langsung tak tahu password hp nya.
Bila ja saya dpt tahu dia tukar lock lagi balik. Bila perempuan tu pun ceritakan kan smua nya. Apa yg suami saya cakap kat dia. Suami saya mengaku bujang dan nak ajak bercinta dengan prmpuan tu nak jalan2. Dah berapa kali suami saya buat saya macam ni. Sekarang ni pun anak kami dh 2. Anak pertama 5 tahun ke2 1 thun lebih. Sampai sekarang dia masih lg buat perangai play boy nya tu.. Sudah taubat buat lagi.. Bila saya dah bagi peluang untuk dia berubah. Tapi dalam diam suami tipu saya lgi. B0d0h sangat ka saya ni.. Dan satu lagi nafkah kami pun dia selalu abai kan.
Bila setiap kali gaji masuk. Dia sendri je pegang duit gaji tak pernah pun dia bgi saya pegang duit gaji dia. Bila pergi kedai beli belanja dapur duit dia yg pegang kat kaunter dia yang bayar. Bila saya minta duit tuk beli barang bagi duit cukup2 ja tak sampai rm50 duit dia bagi. Saya ni suri rumah ja tak bekerja saya ada join bisnes online tapi income saya tak la banyak. Ada la sikit Cukup2 untuk belanja alas perut bila suami saya tak bagi saya duit. Saya guna duit dari bisnes online saya. Kadang modal pun terkacau. Dan bila hujung bulan suami selalu kekeringan duit poket suami selalu minta kat saya. Kadang saya bagi kadang tak. Kalau Saya tak bagi macam2 benda dia ungkit kat saya.. Sediah saya admin..
Sekarang ni saya dapat tahu lagi dia buat hal lgi kat belakang saya. Dia curang lgi melalui wtsap. Allah gerak kan hati saya tuk buka dan cek hp dia tadi pagi.. Allahhh… Keluar air mata tak henti2.. Dia buat lagi.. Betul la firasat saya sejak2 akhir2 ni.. Sekarang saya buntu.. Kalau ikut kan hati saya.. Mau saja minta cerai.. Tapi bila difikir kan balik anak2 yang jadi mangsa. Sahabat2 sila komen dn bgi nasihat yang bernas ya. Komen yang murni jangan nak kecam saya.. Sekian terima kasih admin..




