Salam. Saya nak minta pendapat dan harap dpt bagi saya pendapat yang membina sbb saya dah buntu nak luahkan kat mana. Saya dah berkahwin hampir 5 tahun. Dah ada seorang anak. Masalah saya skrg adalah suami saya. Sebelum kahwin saya tahu dia ni agak baran tapi dia pernah janji yang dia akan berubah. Tapi selama hampir 5 tahun kahwin ni, tetap tak berubah. Dia tak pukul saya tapi cara percakapan dia ni yang buat hati saya terguris sangat. Kadang2 depan orang dia akan tinggikan suara. Itu belum depan mak bapak dia. Bukan tu ja, dia selalu buat saya macam orang asing kat rumah.
Kadang2 bila saya ajak berborak, dia hanya akan balas ‘hmm.. Ntah..’ lagi teruk bila dia just angguk kepala ja. Setahun saya boleh tahan, tapi ni dah nak masuk 5 tahun. Setiap kali saya terguris, saya akan tegur untuk dia berubah. Tapi tetap sama. Kadang2 dia akan salahkan saya balik. Baru2 ni saya masuk hospital sebab demam dan ada jangkitan dalam mulut. Saya ada insurans jadi saya guna insurans saya dan duit saya sendiri. Tapi dia marah2 saya macam saya guna duit dia. Saya tetap tegur dengan harapan untuk dia berubah. Tetap sama. Baru2 ni kami ada bergaduh sedikit, dia tak masuk tidur dalam bilik langsung dan tak nak beli susu anak sebab nak tunjuk dia marahkan saya.
Apa yang patut saya buat? Saya pergi kenduri rumah makcik saya pon dia tak ikut sebab dia banyak kali cakap dia tak suka makcik2 saya. Sedangkan makcik2 saya lah yang banyak bantu keluarga saya. Saya dah tegur untuk dia berubah, bukan skali tapi berkali2. Dan saya bukan jenis bila marah, terjerit2 mengamuk, saya jenis yang akan pendam semuanya sorang2 sampai 1 tahap sekarang ni saya dah tak tahan sangat2. Saya macam orang asing kat rumah. Saya selalu cakap kenapa sebelum kahwin layan saya macam puteri tapi bila dah kahwin, layan saya macam orang luar?
Dia dah tak pernah pegang tangan saya, kalau saya ajak keluar jalan2 dia akan marah2 dulu pastu akan buat muka kalau keluar. Hati saya tawar. Dan untuk pengetahuan, dia tak pernah minta maaf. Kalau pun dia minta maaf, minta maaf yang tak pernah ikhlas, dan anggap macam tak ada apa yang berlaku sedangkan hati saya masih sakit. Tolong lah bagi pendapat, apa yang patut saya buat?