Salam admin. Mohon hide profile saya.
Assalamualaikum buat warga krt. Sebelum saya memulakan cerita, perlu saya terangkan bahawa saya, abg saya dan adik saya berstatus anak luar nikah. Saya seorang perempuan. Ini diakui sndiri oleh arwah mak saya. Mula2 saya tak percaya sbb da terlalu lama mereka bersama. Saya tnye pula pd mak sedara saya. Die pn akui mmg arwah mak saya dan ayah saya tak pernah bernikah dari kami lahir sehingga arwah meninggl dunia.
Arwah mak saya dan ayah saya sudah bersekedudukan lama sgt sehingga saya berusia 12 tahun. Saya mempunyai seorang abang yang tua setahun dan adik perempuan yang berusia muda setahun dari saya. Pd usia 12 tahun, akhirnya mak dan ayah saya berpisah. Mak saya keluar dari rumah membawa saya dan adik perempuan saya.
Arwah membuat pengakuan status kami semasa adik saya hendak bernikah. Atas sbb malu, arwah mak saya guna jln blkg, iaitu menggunakan wali hakim yang tak bertauliah untuk menikahkan adik saya dan suaminya di johor. Akibatnya, nikah adik saya tidak didaftar secara sah dan mereka terpaksa melalui pelbagai proses untuk mendaftar pernikahan demi mendaftar anak mereka.
2 tahun selepas adik saya bernikah, mak saya meninggl dunia. 3 tahun selepas arwah meninggl, giliran saya pula untuk bernikah. Saya membuat permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim kerana status saya. Namun hakim menolak permohonan saya dan mengatakan saya mesti bawa ayah saya untuk membuat pengakuan tentang status saya. Saya ingin minta bukti dari nikah adik saya pula, tiada bukti pengakuan arwah di mana2 mahkamah tentang status kami. Akhirnya, saya cuba berbincang dengan ayah saya.
Ayah saya menolak sekerasnya untuk mengakui status saya dia memaksa saya beritahu pd hakim bahawa mereka pernah menikah di thailand dan tidak didaftar di Malaysia. Jadi mereka tidak ada sijil nikah di malaysia. Saya buntu sgt masa ni. Kenapa saya perlu menipu sAmpai mcm tu? Saya takut sgt kalau saya ikut cdengan ayah saya, nikah kami jadi tak sah. Saya menangis dpn hakim sbb saya terpaksa menipu saya tak jumpa ayah saya. Saya tahu hakim dpt kesan saya menipu, tp beliau suruh juga saya membuat iklan di akhbar mencari untuk mencari ayah saya. Saya buat dan serahkan pd hakim. Akhirnya hakim meluluskan permohonan saya untuk menikah menggunakan wali hakim.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya sudah pn mempunyai 2 anak. Kini, masalah lain pula timbul. Surat bank tiba di rumah pusaka atuk saya meminta saya untuk menguruskan sejumlah wang arwah di dalam bank. Saya pergi membuat tuntutan. Bank pula suruh saya buat surat di pusaka kecil. Saya ke pusaka kecil, ditendang pula ke amanah raya kerana arwah tidak mempunyai tanah atau rumah. Hanya sejumlah wang di dlm bank. Di amanah raya pula, saya berhabis duit dan masa untuk uruskan segala dokumen. Rmh saya ke pjbt amanah raya mengambil masa sejam untuk smpai.
Saya cuba menutup aib ayah saya. Saya ckp arwah mak dan ayah saya sudah bercerai. Tp masa mereka nikah, mereka nikah di thailand dan tidak didaftar di Malaysia. Jadi cerai mereka juga tidak didaftar. Jwpn amanah raya pula, mereka tidak boleh berbuat apa2. Kalau nk keluar juga duit, saya kena pergi buat surat faraid. Jadi bile da buat surat faraid, kiranya ada juga la bahagian ayah saya walaupun mereka tak pernah ada ape2 hubungan. Saya rasa sgt2 tak adil. Saya kecewa. Kenapa la orang lain yang buat dosa, saya pula yang disusahkan. Orang yang tak tolong uruskan harta bole pula senang lenang dpt bahagian walaupun dia takde hak. Saya bkn orang senang. Kdg lg sminggu nk gaji, duit tinggal rm50 shj. Jadi dengan sedikit duit dlm bank, saya bole la langsaikan sedikit hutang2 arwah. Bole la buat upah haji untuk arwah.
Bole tak warga krt yang bijak pandai bagitahu..ade tak ape2 cara untuk saya membuat pengakuan bahawa saya mmg anak luar nikah? Supaya senang urusan saya akan dtg. Jgn bgtau bnda ni duniawi la..ape la..saya taknk dgr..tolong beri jwpn yang saya nk..iaitu cara mcm mana saya mmg bole sahkan status saya mengikut undang2 dan skaligus menolak hak ayah ke atas kami adik beradik dan mak saya.
Terima kasih.