Assalamualaikum warga KRT. Saya dah berkawen selama 5 tahun dan ada seorang anak lelaki. Sepanjang perkahwinan ini saya memang banyak makan hati dengan suami. Suami sangat2 berkira dengan saya dan anak. Tapi tidak dengan keluarganya. Alhamdulillah saya bekerja. Rumah bayar sama2. Utilities semua saya tanggung. Dia bagi RM500 untuk keperluan dapur dan lain2. Tak cukup saya akan topap. Setiap kali dia naik gaji atau ada rezeki lebih mesti dia berangan nak tukar kereta baru la. Nak beli itu ini la tapi bayar minta saya share dengan dia. Sakit hati ni tuhan je tahu.
Lama saya pendam bila2 terlepas dia kata saya kurang ajar tak hormat dia tapi saya geram saya cakap “awak yang naik gaji expenses saya pulak kena tambah”. Sambil dia senyum konon katanya duit saya banyak. Saya masih menanggung mak ayah di kampung memandangkan mereka tak kerja. Itu pun tak banyak saya bagi nak dibandingkan jasa Mak ayah besarkan saya. Suami saya anak emak. Pantang ditegur. Dia saja yang betul. Sebulan dia akan bagi hampir 1000 untuk perbelanjaan dorang. Tapi saya tak kesah sebab tanggungjawab dia. Bila gaji dia kelam kabut nak transfer Mak ayah dia. Tapi bila belanja untuk saya dan anak boleh dia cakap malas nak ke ATM nak keluar duit. Sakit hati ni. Padahal boleh je dia transfer sebab saya rajin sangat nak ke ATM tuntut hak saya.
Masa dia naik gaji pernah dia cakap ni berkat dia tolong Mak ayah dia untuk makluman suami saya ni liat bab solat. Bertahun hidup sama ni ada la beberapa kali je dia buat. Jangan cakap saya tak pernah buat apa. Saya ajak jemaah. Macam2 alasan. Saya tak putus2 berdoa sampai sekarang. Apa yang dia dapat semua dia cakap rezeki dan berkat Mak ayah dia Ya Saya akui itu tapi jauh disudut hati saya terasa sangat macam kami anak beranak bukan siapa2. Padahal rezeki anak dan isteri tu ada dalam rezeki suami. Tapi dia tak pernah sedar. Saya yang banyak bantu dia. Dah la dirumah saya ni ibarat bibik. Pinggan sebiji pon dia tak lalu nak basuh. Semua harap saya.
Kadang2 nak je saya doa biar dia susah. Sebab tak pernah sedar rezeki anak isteri tu. Mak ayah dia tak pernah tegur bila dia buat silap semua anak mereka betul walaupun tak solat. Mak mertua saya selalu dapat macam2. Handphone baru. Gelang baru. Cincin baru. Saya nak apa kena beli sendiri. Demi Allah saya tak cemburu cuma saya terasa hati. Saya tak minta banyak. Minta dihargai dan sedar kewujudan kami anak beranak. Saya masih mampu beli macam2 sendiri malah banyak bantu dia. Saya akan didik anak lelaki saya ni tentang tanggungjawab dia sebagai anak dan suami kelak. Sebab saya tak nak menantu saya nanti terima nasib macam saya. Maaf semua jika ada tersilap kata. Terima kasih admin.