salam,terlebih dahulu saya harapkan profile saya di hidekan yer admin,
saya nak berkongsi masaalah rumahtangga saya,saya tak suka berkongsi pada kawan atau saudara terdekat takut kelak hal menjadi panjang.
saya dan suami dah berkahwin hampir 9tahun dan di kurniakan 2orang cahaya mata,dalam 9tahun ni banyak cabaran yang saya terpaksa lalui,terutama sekali dengan sikap suami yang jenis berkira dan kuat melenting..
saya bekerja untuk membantu meringankan beban suami,kerja saya bukanlah kerja office hour tapi kerja bershift,dengan duit gaji sayalah saya bantu suami untuk membayar persekolahan anak2 saya. Anak pertama saya Autism malah anak kedua bakal mengikut jejak abangnya saya juga yang menguruskan rumah,makan pakai suami dan anak2,ada masa untuk diri sendiri pun terabai.
Saya sering bergaduh dengan suami pun hanya sebab saya jarang dapat memasak,saya sering sakit,dan saya jarang dapat melayan kehendaknya, disebabkan itu suami selalu memarahi saya, dan yang paling menyedihkan, sekiranya suami tidak berpuas hati dia akan update status dihalaman social dengan membuka aib saya sebagai isterinya,tidak pernah dia bercerita baik mengenai rumahtangga kami,ada saja yang akan di update mengenai keburukkan saya.walau berpuluh kali saya menegur dan merayu tak pernah suami hiraukan.
suami sering menjalinkan hubungan dengan perempuan lain,dah banyak kali suami kantoi dengan saya, janji yang dia akan berubah tidak pernah ditunaikan.
saya sedih sebab saya berkongsi dengan keluarga mertua mengenai sikap anak beliau,saya yang dipersalahkan semula gara2 berkira dalam membantu suami,saya yang disalahkan semula sebab tidak dapat menjadi isteri yang baik pada suami,malah saya yang salah sebab terlalu mengongkong hidup suami dalam berkawan
saya dah tak tahan admin,bila ajak suami ke pejabat agama,dia hanya kata saya pergilah sendiri,sekiranya saya yang minta di lepaskan anak2 saya takkan boleh ambil.Tapi yang membesarkan anak2 adalah saya,kenapa suami perlu buat saya sebegitu.saya sedih sebab sudah terlalu lama saya bertahan dengan hinaan dia pada saya sebagai isteri dia.apa perlu saya lakukan lagi,Gelaplah hidup saya sekiranya saya kehilangan penjagaan kepada anak2 saya.




