3 KALI LAFAZ AKAD NIKAH, 3 BULAN TEMPOH PERKAHWINAN, LAFAZ TALAK 3, PUNCA ORANG KE 3..
no paling malang bagi aku min. Aku nak mengadu min, dan nak mintak kata2 semangat dari pembaca. Aku baru lagi kawin, hujung bulan 4 haritu. Aku dengan suami aku kenal tak lama, kenal 2 bulan terus kawin.. sebelum kawin tu, ade sorang betna ni serang aku. Dia cakap dia mengndung anak suami aku (tunang aku mase tu) aku ni jenis bukan yang nak melenting tak tentu pasal. Aku slowtalk dengan betina tu, dia bagi semue bukti min, dai text luca, sampai lah gambar dorang atas katil. Tapi aku ni jenis bukan perempuan yang suke nak baran tak pasal.
Aku tanye tunang aku.. dia tak mengaku, walaupun ade bukti.. aku janji min dengan perempuan tu, yang aku akan pastikan tunang aku tu tanggung jawab pada dia..
tapi min, dalam mase yang same, aku tak nak family aku malu, family dia malu.. sedangkan mase tu, kita orang dah tunang, ikat sebulan je min. Kau bayangkan tunang sebulan je, memang semue kelam kabut.. mase tu lagi 1 minggu nak kawin, tetamu semua dah jemput, khemah dah pasang, orang pelamin dah hantar barang2 pelamin.. tak kan aku nak cakap aku tak nak kawin? Mcm mane dengan air muka mak aku min? Mak dia? Aku fikir hati perasaan orang tua je min.. jadi nak tak nak, aku teruskan wedding aku dengan dia..
Kita orang sah nikah dengan 3 kali lafaz.. alhamdulillah. Semue di permudahkan. Aku dengan suami duduk asing, dia keje lain, aku keje lain, jadi jarak yang jadi pemisah.. kita orang jumpe 2 minggu sekali, atau sebulan skali. Tapi dugaan tu datang, tak henti2 min, bile perempuan tu still ganggu suami aku.. aku jenis tak suke nak serang orang.. silap aku min aku tak halang perempuan tu ganggu suami aku.. dalam diam min dorang contact balik.. suami aku cair dengan dia balik.. sampai aku baca text dorang.. suami aku cakap, dia menyesal kawin dengan aku.. dia silap pilih aku.. then perempuan tu text aku dengan ayat AKU AKAN PASTIKAN DIA BALIK MELUTUT PADA AKU, ITU JANJI AKU..!
Perkahwinan kita orang bertahan 3 bulan je min.. then dia ceraikan aku dengan talak 3.. ye min, talak 3 dia bagi aku.. dia lafaz dalam messenger punye voice text.. luruh jantung aku min. Deras air mata aku Allah je tahu.. sekarang baru masuk seminggu aku bercerai.. padahal umur baru 23 dah bercerai.. dan lepas pada tu, aku dapat tau, dia merayu2 pada betna tu, melutut nak dekat betna tu.. tapi Alhamdulillah hidup aku tenang min rezeki bertambah2 sampai aku boleh pegi overseas sekarang dia dengan perempuan tu tengah susah cari duit sebab lagi sebulan lebih betna tu nak bersalin.. kaki zina memang layak untuk kaki zina.. sepadan, secocok sangat..




