Salam admin. Hide profile. Aku guna profile member aku ni. Admin , aku lelaki umur 27 tahun. Alhamdlulilah aku dah ade kerje tetap, gaji pun dah stabil. Aku ade kenal dengan sorg perempuan, Janda anak 1. Umur dia 28. Aku kenal sebab keje 1 tempat . Aku mula suke kat dia, dengan caring dia. Cara dia layan aku. Aku suke cara dia jaga diri dia. Aku sayang anak dia. Aku sayang dia min. Aku dah jumpa parents dia, ahli keluarga dia. Aku jujur aku sayang dia. Aku nak lindung dia, aku nak kahwin dengan dia.
Before puasa aku balik kampung, aku bincang dengn parents aku yang aku nak kawen ngn janda anak 1. Parents aku tak setuju min. Sebab perempuan yang aku nak kawen tu janda. Parents aku cakap aku masih muda lagi, tapi kenapa nak cari janda. Parents aku cakap, malu la nanti parents aku kalau aku kawen dengn janda. Aku tak berani nak melawan parents aku. Aku balik tempat kje balik, aku jumpa dia, ceriter yang family aku tak setuju untuk aku kawen dia. Dia kecewa min. Aku tak sanggup tengok dia sedih. Dia selalu ckap, mintak aku kuat , untuk pertahanakan hubungan dan berusaha pujuk parents aku.
Dia selalu cakap, dia tak sanggup nak rasa kecewa ditinggalkan macam dia diceraikan dan ditgglkan 2 tahun lepas. So , aku pun bersemangat sebab aku tak sanggup nak kecewa kan dia. Anak dia. keluarga dia yang harapkan aku.so hari raya hari tu aku balik kampung, aku bincang balik ngn parents aku, tapi parents aku still tak setuju min. Aku tak tahu apa aku nak buat untuk bagi parents aku setuju kawen ngn janda anak 1 ni. Aku buntu sangat. Bila aku balik aku jumpa dia. Aku tengok keadaan dia bila aku citer pasal parents aku still tak setuju, dia murung min, sampai dia tak kerje . Life dia langsung tak seceria dlu min.
Aku buntu tak tahu nak buat ape. Aku berdoa pada Allah supaya Dia bagi jalan yang terbaik. Aku dah berusaha. Aku tak nak kecewa kan dia, tapi aku bukan jenis yang melawan parents aku. Cuma aku nak tanya, salah ke aku nak kawen dengn janda anak 1? Boleh ke aku melawan parents aku untuk aku kawen dengan dia. Boleh bahagia ke aku?Aku sayang dia min. Aku nak buat benda baik. Aku perlu kan pendapat semua. Tolong jangan kecam. Tq.




