Aku seorang suami yang ada masalah sebab duduk dengan mertua hampir 5 tahun aku bekerja 3 shift isteri berkerja office hours. anak sepasang dua dan 3 tahun. Rumah ini ada 3 bilik di tingkat atas, aku dan isteri dan anak ambil bilik belakang, jadi duduk dengan mertua yang kurang bercakap dan aku juga tak byk ckp, adik2 ipar dua orang perempuan yang masih belajar di university dan kolej cuti sem baru balik, dah lain lelaki di university juga cuti sem juga balik.. aku nie suka kemas rumah, tak leh tengok rumah sepah, anak2 aku suka bawak toys dieorang turun bawah semakan, hari2 bersepah biasa la budak2.
Lagi satu bila siang dieorang tak berapa sangat nak duduk merap dlm bilik,budak2 kan nak active. jadi adik2 ipar atau mil aku yang handle dieorang nie kat bwh, jadi bab sepah tu jangan cakap la, bab pasang tv dieorang asyik nak tengok didi ngan tv baby yang lain, aku nie suka merap dlm bilik disebabkan aku dari zaman muda bujang aku suka merap dlm bilik dengar lagu suka buat hal sendiri,lagi satu aku kurang bercakap, mana yang penting aku cakap, dan orang yang aku rapat dan kenal aku bercakap ramah,isteri aku seorang yang memahami, jadi takde masalah antara kami.
masalahnya anak2 aku nie selalu buat semak, jadi aku nie garang dan tegas skit dengan dieorang, jadi dieorang takut skit ngan aku. Adik2 ipar manjakan dieorang sikit, so bleh la dieorang tawan ruang tamu tv semua, aku tak suka anak2 aku buat sepah pastu ngada2 ngan ipar aku sebab nie bkan rumah dieorang, ini rumah tok wan dieorang.. aku hari2 fikir tak sabarnya aku nak pindah hujung tahun nie, hubungan aku ngan ipar biasa2 sebab kadang aku jaga batas aurat ngan ipar perempuan kalau dieorang balik, kalau rumah nie cth famili mertua aku takde semua, tinggal kami je satu famili aku suka kemas rumah cuci baju sidai baju susun atur 5s bagai. mil aku tahu kalau aku duduk bwh mesti kemas sentiasa,tapi bila aku duk atas memang salu sepah, bknya anak2 aku je yang buat, yang lain pun tak tersusun kain baju semua.. memang berselarak.
Aku jadi stress sebab bila aku turun aku kena buat semua yang lain rilex, tapi bila aku naik bersepah bukan main,hari2 macam nie aku fade up. aku biarkan lantak kan apa jadi. Isteri aku akan tolong sabtu ahad je, blik kje dia penat aku faham.. so dia tak buat byk sangat. Kalau rumah mak bapak aku di kg mesti sentiasa kemas, sebab aku dibesarkan dengan sentiasa tersusun oleh mak aku.




