Salam semua. Aku nak tanya. Macam mana ye kita nak ikhlaskan redhokan halalkan duit yang kite guna untuk keluarga kita. Duit yang kite terpakse keluarkan konon2 untuk bantu suami.
Aku da 4 tahun kawin. Suami aku kerja swasta. Tapi jadual kerja nya cuma dari jam 6 pagi hingga 1 tengah hari sahaja. Selebihnya die berehat. Suami aku gaji die sikit. Memang awal2 kahwin pun gaji die sikit. Gaji sikit tapi hutang sekeliling pinggang. Selagi bole buat hutang. Die akan buat hutang.
Dulu aku kerja. Tapi ada satu kes. Mak mertua aku masuk campur . Mereka berdua pakse aku berhenti. Aku berhenti. Tapi dengan syarat suami aku kene bagi aku rm1000 sebulan sebab aku pun ada hutang sendiri yang memang aku bayar selama aku bekerja. Aku bayar kereta aku, bil hp aku, duit insurans aku dan lain2. Suami aku setuju. Tapi die tipu. Sekali pun die tak bagi aku rm1000. Die cuma bagi aku rm300 sahaja. Sejak dari tu ak jadi pendendam. Aku cari kerja semula.
Start dari awal kawin. Laki aku tak pernah cukup duit. Depan mak mertua aku die buat2 hulur duit. Belanja aku macam2. Tapi dibelakang dia minta balik duit die tadi tu. Mak mertua aku selalu anggap laki aku baik. Tak kedekut. Sejenis yang suke berjimat. Sebab tu duit banyak Hakikatnya. Laki aku memang kedekut. Kalau islam cakap wajib bagi makan 2 kali sehari. Die kire 2 kali tu jela. Kalau islam cakap wajib bagi baju 2 persalinan lengkap setahun. 2 tu jela die bagi. Tapi seingt aku. 2 tahun sekali ada lah aku dapat baju. Laki aku nampk banyak duit sebab die buat hutang. Bukan nya die menyimpan. Dia mana ada simpanan . Mak die je tak tahu.
Aku isteri. Setiap kali laki aku tak ckup duit. Aku akan topup. Barang dapur . Kadang2 belanja die. Aku yang hulur. Aku yang tanya ada belanja ke tak. Terbalik sangat. Sedangkan die. Tak pernqh tanya pun aku sesak duit ke tak. Dan kalau aku cakap aku sesak pun. Dia tak akan offer diri die untuk tolong aku. Selagi aku tak cakap aku nak duit. Dia tak akan offer . Memang sadis.
Itula. Masalah hati aku sekarang. Makin hari. Aku makin kusut.. kenapa aku yang kene pening2 pikir perbelanjaan keluarga.. die relaks je. Aku bekerja. Tapi aku kene masak. Sebab die tak kan makan luar. Jimat.. aku kene layan anak2. Aku kene layan die. Dan pulak. Aku kene bniaga online untuk tampung belanja . Aku buat servis runner . Aku buat servis ambil dan hantar anak orang ke sekolah. Macam2 aku buat.
Aku ada suruh die cr part time. Memandangkan jadual kerja die sampai pkul 1 je. Lepas tu rehat. Relaks sampai ke petang. Die bagi macam2 alasan. Aku sampai benci nak dengar alasan die. Die ceramah agama kat aku. Banyak sangat… die cakap allah dah bagi rezki banyak ni. Kene redho. Kalau kaya pun. Hidup tak kan sempurna. Allah akan bagi ujian . Anak sakit lah. Kereta rosak lah. Dan macam2 lagi alasan die.
4 tahun dah. Setiap kali die gaji. Ewah. Die kemain eksyen dengan aku. Siap tanya. Berapa aku hutang kau. 2 ribu.. 3 ribu?? Macam laa die ada duit.. dah banyak sangat aku kene game. Die cakap die nak pinjam. Tapi die tak pernah bayar duit aku. Duit gaji die. Memang tak cukup pun. Seminggu je ada. Lepas tu. Balance 3 minggu. Memamg aku laa punca ringgit dia tu.
Aku ni isteri. Aku tak boleh nak berkira dengan dia. Aku tahu tak wajar aku bersikap berkira. Aku ni isteri. Kalau die susah. Aku tak boleh buat2 tak nampak. Baju anak2 aku beli. Bercuti kami aku biaya. Pergi bersiar2 aku tampung. Semua atas aku. Sebab aku isteri. Kene tolong suami. Isu sekarang. Hati aku macam bengang je. Jadi makin tak ikhlas. Aku mmpertikaikan. Dia suami atau aku yang suami.
Tolong kawan2. Pujuk hati aku. Hilangkan rase tak senang hati ni. Aku sedar Setiap kali aku membantu dengan ikhlas Mesti allah datangkan sesuatu ganjaran Tapi aku manusia Ada masa aku kalah dengan bisikan syitan. Hati aku panas. Aku mule mengungkit. Mempersoalkan kemalasan die dalam mencari rezeki lebih untuk anak2 dan keluarga. Penatnya otak ni..




