Assalamualaikum . Sebelum apa2 nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebelum nak mula saya kenal diri saya sbgai Puan H. Kisah saya macam ni. Saya ni setiap kali raya jer makan hati dgn sikap suami. Setiap kali raya aidilfitri ke aidiladha ker mesti nak balik beraya di kampung dia di Perak Kami tinggal di Pulau Pinang.. Itu saya ok lah walaupun kadang2 susah hati fikirkan perasan abah saya. Takut2 abah terasa hati. Di pendekkan cerita, harini kan hari pertama kita sambut raya . Peel suami dah start dari awal pagi. Tak sabar2 nak keluar pegi beraya rumah kawan2 lah mak , tok sedara lah. Dia tak senang duduk lama dlm rumah. Kejap ke dalam kejap ke luar rumah pendek cakap tak menyabar lah nak cepat2 keluar .Jamah makanan pun takdan nak gigit terus telan dah. Huhuhu.
Dan akhirnya dia pun berjaya keluar lah . Memandangkan saya pun baru jer lepas bersalam minta ampun maaf segala dosa, saya taklah nak berkeras sgt nak tanya banyak dan halang niat dia tu. Saya pun dgn pandangan sayu tengok jelah dia berlalu pegi, Saya langsung tak call sbb nak jaga privesi dia hari ni. Saya dgn ipar duai biras miras ni macam biasalah siapkan makanan utk tetamu yg datang.
Tapi yg menyakit pandangan mata dan buatkan saya cemburu abang2 ipar dan sepupu perempuan (sebelah suami) tu pun lelaki bergelar suami dan bapak tapi takdak pulak nak beriya keluar pegi jumpa kawan2 bagai. Diorang elok jaa layan tetamu yg datang, duduk sekali dgn isteri layan kerenah anak2. Suami saya ?? Entah dimana.
Anak saya yg bongsu asayaik tanya bila bapak dia nak balik, saya takda jawapan cuma boleh pujuk dia jer lah. Sedara mara yg datang pun asayaik tnya mana suami kau?? Saya malu nak bagitau yg dia pegi beraya tak balik lagi. Pukul 10mlm tadi ada anak yg sulung call bapak dia, tanya lokasi, bapak dia cakap dah nak sampai rumah. Oklah budak2 tu setia menunggu sbb nak makan ayam kfc sekali. Pukul 11 setengah masih tak nampak silau cahaya lampu kereta dia, anak bongsu pulak call tnya lokasi, jawapan masih sama, dlm perjalalan dah nak sampai rumah. Last2 anak2 tertido macam tu jaa tanpa ayah. Waktu saya menulis ni pun dah pukul 1 setengah pagi. Dia belum jugak pulang2 dari beraya.
Saya dah mula rasa fedup utk semua ni. Setiap tahun pun sama. Min nak tahu tahun2 yg lepas pun penah sampai bergaduh bertumbuk antara suami dgn abang dia yg sulung sbb kes macam ni lah. Sbb keluar beraya tak ingat anak bini kat rumah. Beraya sakan rumah kawan2 sekali reunion la bagai. Waktu susah isteri ni tempat mengadu luah perasaan. Tapi dia bila dah senang sikit lebihkan kawan2 .Sampai masa utk keluarga dihari raya kena buat catuan. Saya ni bukan pun suka dok cerita masalah dekat org tapi bila dah ada peluang ni saya ambik lah kesempatan. Sbb saya mak takda mak mentua pun dah takda nak mengadu.
Sekurang2nya pembaca2dlm ni boleh bagi nasihat atau tunjuk cara utk saya hadapi perkara ni.
Saya teramat makan hati dan dah bertahun2 pendam. Saya dah selalu bawak berbincang dan petang raya hari tu masa dlm kereta pun saya dah pesan awal2 kat suami jgn lagi tinggal kami anak beranak time2 raya ni. Tapi min, dia bagi alasan JANGAN HALANG, ABG NAK PEGI BERAYA DGN KAWAN2 SETAHUN SEKALI JAA PUN. isteri mana yg tak sakit hati. Macam bini dia ni takda hati perasaan. Saya ok ja kalau setakat pegi petang balik. Ni tak, pagi buta dah tak balik2 lagi. Tolonglah share perkara ni. Untuk perhatian suami2 di luar sana jugak. Saya percaya adalagi spesis ni di muka bumi Malaysia ni. Dan biarlah suami saya pun dpt baca bila Ada org share. Supaya dia terasa da. sedar yg dia dah tersasar dari tanggungjawab. Timakasih admin sudi baca dan share.




