Assalam admin KRT yang baik hati lagi comey. tolong hide kan profile ni sebab aku guna fb kakak aku. Aku nak kongsikan kisah rumah tangga aku dan wife aku. Kami dah berkahwin dua tahun lebih. Cerita bermula bila wife aku buat hal benda yang amat memalukan aku dan keluarga aku. Wife aku bekerja dekat setahun, tapi kejadian yang memalukan aku adalah bila mana dia songlap duit tempat dia bekerja.
Bila dah kantoi, bos tempat wife aku call dan nyaris-nyaris nak heret wife aku ke balai. Kami bincang punya bincang, wife aku cakap reason dia songlap duit tu sebab nak bayarkan bil hospital bapak dia yang sakit. Nasib baik dengan ehsan bos wife aku, dia dilepaskan dan duit yang ada tu dalam 5k macamtu dikembalikan pada mereka balik.
Jenis wife aku ni dia jenis tak suka nak share masalah dia ngan aku suami dia ni. Kalau dia ada problem dia lebih memendam masalah dia seorang diri. Kalau boleh semua benda dia nak handle sendiri. Aku akui wife aku ni tersangat baik, dia tak pernah curang ngan aku. Tiap hari dia nak pergi kerja, dia mesti masakkan makanan untuk aku siap-siap prepare untuk aku makan bila balik kerja tiap petang. Wife aku biasa kerja pagi dan akan balik time malam.
Disebabkan perangai wife aku yang buat hal, aku terpaksa menceritakan pada family aku berkenaaan kes dia. Mak aku sangat kecewa bila dapat tahu menantu dia jenis tangan panjang. Untuk selesaikan masalah kami, aku menghantar wife aku balik ke kampung dia untuk meredakan keadaan. Mak aku cakap dia tak nak masuk campur dalam masalah rumah tangga kami. Tapi aku perasaan mak aku dah buat wife aku macam dah tak wujud dan dia dah cakap siap-siap kat aku yang dia tak sukakan wife aku disebabkan kes wife aku tu. Untuk pengetahuan korang semua sebelum ni kami memang tinggal sebumbung dengan mak aku. Bagi aku tak perlu menyewa rumah lain, sedangkan rumah mak aku ada kan.
Kadang aku kesiankan wife aku, aku dah buat macam-macam kat dia, sampai turn raya tahun ni pun kami raya asing-asing sedangkan tahun ni turn raya belah kampung wife aku. Aku mengaku aku jugak ada silapnya, aku ceritakan segala aibnya pada family belah mak ayah aku pasal kes dia songlap duit tu. Mak aku dah tak benarkan wife aku balik ke rumah dia sebab bagi dia wife aku dah malukan dia dan family kami.
Dah hampir 3 bulan lebih aku tak bagi nafkah zahir battin pada wife aku. Aku pernah suarakan hasrat aku nak bercerai dengan wife aku, tapi wife aku tak nak dilepaskan katanya dia sangat sayangkan aku dan sangat-sangat menyesal dengan kesalahan dia. Jujurnya perasaan aku berbolak balik adakah aku masih sayangkan wife aku atau tak, patutkah aku bagi peluang kedua buat wife aku sebab aku buntu nak pilih antara mak aku dan wife aku. Bila aku stress aku akan chat gan perempuan-perempuan ex crush aku untuk menghilangkan rasa bosan aku.
Aku tahu tujuan aku kawen gan wife aku dulu pun hanya untuk kepuasan nafsu aku semata saja. Bagi aku untuk ada anak adalah masih awal dan jika ditakdirkan kami tak ada anak pun aku tak kisah, walaupun isu tu sering jadi perbalahan antara aku dan wife aku. (sebab aku buang luar) korang paham paham lah.
Tolong bawang rangers bagi komen-komen yang positif buat aku insan buntu.




