Min, aku hide my profile. Aku dulu ada ex GF yang pernah kena r0g0l masa dia kecik-kecik. Tapi dia ni memang dah kena ujian begitu, nampak tabah jugak la dia lari pada ‘circle’ dia dan belajar pandai-pandai untuk lari pada ‘circle’ dia. So, apa silap Ex GF aku adalah: dia ceritakan semua pasal dia masa kecik kat aku sebab dia dah percayakan aku, tapi aku pulak pergi ambil kesempatan kat dia min..
Aku tidur dengan dia berkali-kali.. bagi harapan kat dia.. janji nak kawen dengan dia.. nampaklah sebenarnya dia ni ketagih jugak sebenarnya. Aku tau dia ikhlas, aku tau dia sayangkan aku tapi last-last aku tinggalkan dia sebab dia pernah kena r0g0l maksudnya dia pernah la kena main dengan orang lain selain aku..
Sebab-sebab lain kenapa aku tinggalkan dia sebab aku tercerita dengan family aku pasal background dia, ofcoz la mak aku terus tak boleh terima dia ni dan mak aku pun dah jumpa calon untuk aku keje kerani . Masa ni ex aku ni tengah study lagi. Pointer pun biasa-biasa je, masa depan tak tau lagi. So aku tinggalkanlah dia dengan alasan aku ikut cakap mak aku dan aku fikir masa depan jugak. Masa tu aku tak fikir apa-apa dah, aku pun nikah la dengan wife aku yang keje kerajaan ni dan dia pun Nampak jenis orang yang baik-baik, kira aku ni pun anak yang baik la sebab dengar cakap mak kan.
Tapi masa nak clash tu ex aku nangis-nangis la sebab aku tinggalkan dia, time tu aku rasa dia kotor sangat min, family2 aku pun dah hina-hina dia walaupun aku sayang kat dia sebenarnya tapi factor family, sejarah dan masa depan yang tak menentu (sebab dia student) aku tinggalkan dia.
Aku menyesal sangat min sebabnya wife aku sekarang ni tak servis sebaik dia Bila aku dengan wife aku ni pun aku terbayang-bayang aku dengan dia. Ex aku ni memang terbaik la kiranya haha! Tu salah satu sebab kenapa aku gaduh dengan bini aku sekarang min. sebab aku tak puas macam aku dengan ex aku tu. So aku contact la ex aku balik. Tengok-tengok sekarang dia keje kerajaan jugak jd Penolong pegawai daerah dan dia dah nikah dah pun! Sebab ex aku ni jenis baik dengan semua dan jenis cepat maafkan orang,
Aku tau dia akan still berbaik dengan aku walaupun aku dah pernah hina-hina dia dulu dan tinggalkan dia. Aku tanya khabar dan contact balik rupanya sekarang dia pun tengah masalah dengan laki dia. Now aku still sayang kat dia min, aku tak boleh lupakan dia. Aku nak dia cerai dengan laki dia dan get back balik dengan aku jd bini no-2 aku.
Persoalannya sekarang macam mana aku nak cakap dengan bini aku yang sekarang ni? Ex aku ni pun tak tau sama ada nak stay atau tak dengan laki dia. Tapi gayanya ex aku ni mcm nak stay dengan laki dia walaupun dia kena teruk jugak dengan laki dia sekarang ni alasan dia sebab dia tak nak sakitkan hati bini aku sekarang ni dan dia tak nak tercalar penampilan diri dia depan masyarakat sebab dia ni orang yang ada nama.
Aku tak boleh lupakan dia. Apa perlu aku buat? Mungkin sebab aku tinggalkan dia dulu sebab tu dia dapat laki teruk sekarang..