Sajer aku nak kongsi cerita kisah aku, rumahtangga aku bahagia biasa2 jer, sblm nie aku kerja offshore, berjauhan dengan isteri dan anak selama 6 tahun, Aku nekad nak berhenti kerja untuk tinggal bersama dengan isteri dengan harapan indah yang wife aku akan melayani aku, makan pakai terjaga, tapi bila aku berhenti kerja, apa yang aku ingin kan tue hanya mimpi, wife aku jarang masak, sgt2 jarang.
Sudah 4 tahun dah kami tggl bersama tak berjauhan, boleh kira brapa kali jer dia masak, ada la dlm 3-4 kali, kalau tak sedap aku tak kisah, tapi dia langsung tak amik kisah, aku dapat kerja darat, aku balik keje pun dia tak sambut, malah kalau aku lambat bukak pintu sbb tangan penuh beli barang dapur, aku gigihkan cari kunci untuk bukak pintu, dia tak sambut pun, masuk tgk tgh sibuk main telefon atas katil sedang anak2 dia biarkan main sama sendiri,
kenapa aku beli barang dapur if wife tak masak? Sebab aku sendiri yang masak, tue pun wife aku makan sesudu dua, selalu nya makanan terbuang,bila di tanya dia cakap tak perasan ada makanan kat dapur, skang aku masuk balik kerja offshore dah almost 6bln. Aku harapkan wife aku akan merindui seperti mula2 kami pjj, pun masih sama, kurang berhubung, bila aku msg, sepatah2 jer dia balas.
Sedih tul rasa macam tak der bini jer, tau penat dengan anak2, selalu tue hadap phone lama2 boleh, tapi aku msg dapat balasan ringkas, tgk wassap selalu online tapi lmbt baca msg aku. Btw, wife aku dulu penah kantoi msg bersayang2 dengan lelaki lain, tapi hal tue dah aku settlekan, skang biler dia macam nie, aku selalu fikir bukan2, tapi aku cuba juga untuk fikir positif, apa yang perlu aku buat min? Macam dah hambar jer aku rasa hubungan kami nie. naper dia takseperti dulu? Atau aku yang silap? Huhuhu




