Assalamualaikum. Tlg hide profile aku. tq
Aku ada seorang abang angkat yang aku anggap macam keluarga sendiri berbelas tahun kenal dia termasuk keluarga aku. Aku memang sangat rapat dengan dia Dan dia banyak kongsi cerita dengan aku termasuk cerita bini dia yang taknak layan nafkah battin dia bertahun tanpa dia ketahui sebabnya. Dia dah cuba bawa pi berubat tapi bini dia taknak. Kira aku tabik la pasal dia sanggup bertahan dan sabar.
Sampailah semalam tetiba dia bagitau aku satu rahsia besar kalau dia dah mengandungkan Bini orang lain yang mana bini orang tu dia kenal melalui satu group, dah beranak dan tengah berpantang anak dia. Tapi anak tu dibinkan nama suami bini orang tu. Aku memang terkejut sangat sampai nak pitam. Aku post kat sini sebab dada aku rasa mcm nak meletup bile tahu hal ni. Jadi aku nak tahu, aku ni dikira bersubahat ke? Apa patut aku buat?




