hide fb ye admin tq admin. saje nak meluah. jangan kecam teruk2 eh. subuh seawal 5am aku bgn masak bekal suami skali msk mkn tghari anak2. dengan masak sarapan suami seblm gi keje. ptg suami blk keje minum ptg dia.. masak jugak masak apa2 je yg blh dimakan.. mlm masak lain dia mkn yg panas2 jam 9 mlm lebih kurang kletung kletang lg kat dapo … kul 10mlm baru aku betul2 relatak.. keje2 lain gosok baju ke basuh pinggan kemas rumah mop lantai lipat kain sgala macam buang sampah aku buat sambil2 buat keje lain. basuh baju jemur baju smua kene ikut time yg tepat supaya aku tak kelam kabut. Suami aku dr sapu tgn stoking baju keje sgala2 ttg dia aku kna buatkan. bahkan dia sggup tggu aku balik hantar anak skolah baru bubuh air bekal dia nak pi keje.
Seblum aku gi hantar anak skolah sarapan air panas dah siap atas meja. bekal siap bungkus dah. lain2 smua aku buat sorang tade orang tlg.. pendek kata aku buat smua. suami aku bg duit lengkapkan keperluan aku kat rumah. paling kuat klau aku penat aku solat sambil termenangis. dlm hati sambil ngadu ya allah aku penat sgt ya allah.. lepas siap solat..aku dh siap bdoa n ngaji.. aku bukak telekung. semangat dah lain. Iaitu hilang penat. allah bntu lah tu. selama 5tahun tugas aku tak penah berubah. sama je. cuma anak asuhan je bertambah rezeki aku la tu.
yg buat aku redho dengan tugas aku ialah..suami aku cukupkan segala keperluan aku. dr hal nk masak dan sgala apa yg ada dlm rumah luar rumah.. aku rasa cukup sgt2. penah jugak aku nak larik takmau berlaki dah. penah. Sape paham paham lah. tp aku sabar banyak sebab kebaikan suami aku..kat rumah dia sgt2 baik layan aku n ank aku.. dengan suami yg ni takde anak lg. tp orang luar tgk aku senang. nmpk senang n goyang kaki sgt kot.. diorang tak abis2 carik pasal dengan aku. aku tak penah ckp benda camni panjng lebar. Sebenar nya aku tak senang mana. yg buat kan aku nmpk senang ialah sabar solat dan mengaji hari2. aku suka membaca memang hobi aku. Jd quran adalan no1 seharian.
Aku tak alim. aku cuma baiki diri aku je. dengan cara tu buat aku kuat. aku dah tua. tahun ni 34tahun dah.. aku dah puas menderita dari kecik. belum aku bukak bab aku kene buang tepi jalan. Aku hampir digugurkan oleh ibu kandung aku dlm rahim sori aku bkn anak luar nikah. tp aku dr kluarga yg bcerai. aku membesar bukan dengan ibubapa kandung. banyak benda aku akan share nnt. sebab 5 tahun aku disini..aku dpt banyak haters. aku bukan jenis huhahuha duduk lepak rumah orang. aku tak ade geng membawang. dlm wasap pun takde membawang. aku tak sempat nak ngate hal orang. tp aku dituduh macam2.
Dr makcik2 suami aku sampai mak n adik pempuan dia carik pasal dengan aku. last aku kena buli tahun lepas. aku dh trauma dah dengan family suami.rumah dekat dengan mak dia. walaupun tahu orang tetiba tak suka kita. aku berbakti pd suami n anak je lah. Sblum2 tu hubungan dengan mertua baik sgt2 mak mertua sakit pun aku rajin jage n ambik tahu. aku kerap urut badan mertua. aku tak sihat pun buat2 sihat kalau mertua mintak urut. Aku layan kan je. sebab aku tak penah rasa kasih syg ibu. aku duduk dengan family ayah aku. tak merasa manja2..berendam air mata..kawen mula2 takde mertua sebab dah meninggal dua2.
kawen kali ni merasa mertua baik..lelama dia jd lain. aku kena fitnah. Jiran aku buat mulut. Wedangkan aku tak mengata pun mertua n adik ipar kat jiran memang tak penah. tp jiran aku smpaikan macam2 cerita teruk pd ipar. konon drpd aku. sumpah wallah aku selalu puji kat orang2 luar family mertua cantik2 mertua n adik ipar cantik dan baik. memang betul baik. memang betul cantik .entah macamana lepas jiran aku bawak mulut. habis smua berantakan.. mertua marah2 tuduh macam2. ipar pandang dengan penuh kebencian..takde lg hormat pd aku..macam selal, dituduh macam2..aku bela diri sorang2.
Aku terangkan setiap tuduhan tak betul..tuduh aku mengata diorang 2 branak..pdhal aku tak ngutuk diorang..tuduh aku mengata diorang dlm fb pun aku tak buat..takpenah tlintas nk kutuk diorang dlm fb..tp entah la lepas kena fitnah aku ni macam jahat bg pandangan diorang. skrg aku dah trauma. aku duduk rumah tak pegi2 dah rumah mertua. kalau ada kenduri aku pegi lah. aku tak benci sapa2.. cuma aku kesal. aku jaga laki aku macam raja. tp family dia layan aku macam aku jahat.. aku bukan nak mintak pendapat.. aku saje share kisah aku. punca smua dr mulut orang. cemburu tgk orang lain bahagia.
Aku penat sbenarnye. Tp aku tak tahu penat ttg apa. diorang tak fikir ke aku jage suami aku elok2 kire pengorbanan aku jugak tu? aku tak beranak pun ada yg bising. tp aku fikir kalau aku beranak sape nak jage aku. rumah smua aku urus. kalau aku branak sapa nak buat smua dlm rumah.. nak aku sape nak tlg jage. kat sini aku takde sape2. Aku kena fikir anak aku yg ada ni je. Tak payah berangan nak anak lain. Kalau menda smua aku kene urus sendiri.. kalau ni sejenis rungutan tlg nasihat aku benda yg patut. sebab aku wat masa ni takde masalah suami isteri.
Last aku gaduh 2016 kebun di sondol bab* betine. Time tu sampai jd kes polis. family suami aku masing2 buat senyap sebab malu benda betul jadi. Sblum2 tu diorang tuduh aku cemburu buta. sebab benda tak kantoi mana. tu last gaduh nasib tak cerai. tp aku bg pluang sebab dia baik. tang ni jangan kecam aku mls nak fikir dah.. aku pun nak hidup macam orang lain tp entah. nak hidup macamana. kena sabar lg kot..amboi dh panjang..selamat membaca semua. semoga aku tabah baca komen n kata2 semangat dr semua.. ni kisah benar bukan rekaan. harap komen jujur dan ikhlas. sy sudahi dengan doa agar Allah mengasihi kita dan bg pertolongan pd kita tepat pd masa nya. aamiin.