Aku seorang suami bekas penzin4
Admin tolong hide fb aku. Aku nak luahkan satu sisi gelap hidup aku dan sebahagian kehidupan manusia yang menghuni bumi Malaysia. Aku harap dengan confession ini membuka mata dan memberi pengajaran kepada kita semua. Aku bersumpah dengan nama Allah, semuanya adalah benar. Terlebih dahulu, aku F, seorang eksekutif di syarikat swasta. Kehidupan aku serba lengkap, gaji tinggi, bini cantik, anak aku dah sorang. Wife aku seorang yang agak alim, solat dan puasa tak pernah tinggal. Selepas maghrib, selalu baca Quran. Aku? Aku tak pernah solat sejak, kecuali solat jumaat.
Selain tak solat, aku ada satu tabiat buruk iaitu aku ketagih dengan Zin4. Tabiat buruk ini bermula pada zaman universiti apabila suka tengok benda-benda lucah terutama video dalam Apps TUMBLR. Aku terjebak dalam penzin4an apabila rakan-rakan uni mengajak aku ke pusat urut, di pusat urut berkenaan, aku ingatkan hanya urut biasa, akhirnya berakhir dengan penzin4an.
Aku berasa sangat nikmat dengan penzin4an. Selepas daripada peristiwa pertama berkenaan, aku sentiasa mengunjungi pusat urut untuk kenikmatan tersebut. Aku menggunakan Apps WECHAT untuk search nearby pusat urut atau pel*cur berdekatan di mana sahaja aku pergi. Aku tak kisah menghabiskan duit untuk berzin4. Pelbagai perempuan dari pelbagai negara aku dah zin4i termasuklah rakyat tempatan yang berbilang bangsa.
Penzin4an ini diteruskan walaupun aku sudah berkahwin. Selepas berkahwin, aku mencari kenikmatan zin4 yang lain iaitu aku seorang, berzin4 dengan ramai perempuan sekali gus. Aku merasakan sangat bangga dan nikmat kerana dapat berzin4 dengan lebih dari satu orang perempuan sekali gus. Penzin4an seperti amat mudah dilakukan kerana terdapat pusat urut dan bapa/mak ayam menawarkan khidmat berkenaan.
Perkara ini berterusan sehinggalah aku kenal dengan M yang Add aku ke dalam satu group TELEGRAM rahsia. Dalam group ni, ada ramai orang yang ketagih zin4 seperti aku dan ramai bapa ayam dan ibu ayam. Ahli group berkenaan mencecah ribuan org. Selain share2 mengenai khidmat pel*cur, group TELEGRAM berkenaan juga share2 video luc*h.
M seorang bapa ayam, yang menguruskan macam2 ayam (pel*cur) termasuklah pelacur yang berpurdah, bertudung sebagainya. M mempunyai ramai rakan kongsi, mereka bekerja secara berkumpulan. Kebanyakan pel*cur di bawah mereka adalah pelajar universiti. Pelacur yang sedang mengandung pun ada. Selain M, aku juga berurusan dengan bapa ayam/handler yang lain.
Aku sangat suka melanggan pel*cur yang memakai tudung semasa berzin4, khidmat memakai tudung semasa berzin4 ni sangat popular. Aku pernah melanggan 3 pel*cur sekali gus dan semuanya memakai tudung. Ada juga khidmat yang boleh rakam semasa berzin4, sangat sangat mahal. Aku juga terjebak dengan MINI HIJAB PARTY di mana parti penzinean antara 15 pelanggan lelaki dan 8 pel*cur bertudung ada juga parti 10 lelaki dan hanya seorang perempuan bertudung. Member2 aku yang ajak join. Agak malu gak ah sebab kau berzin4 sama-sama dengan member, tapi demi nikmat, abaikan malu. Parti itu berlangsung selama 10 jam, aku terpaksa bohong kepada isteri aku yang aku ada kursus untuk join parti penzin4an ini. Ribuan duit aku habis untuk join parti berkenaan.
Namun, semua kenikmatan di dunia ini hanyalah sementara. Semasa menghadiri kenduri kawan baik sekolah menengah aku, aku terkejut melihat isterinya kerana aku kenal dia, dia salah seorang ahli dalam parti penzin4an yang aku pernah join dulu. Dia pun agak terkejut melihat aku. Ya Allah, masa itulah aku rasa sangat tak sedap hati, rasa sangat berdebar dalam jantung aku. First time dalam hidup aku, aku rasa sangat gelisah dan risau dengan dosa-dosa yang aku buat. Aku takut orang tahu. Aku rasa sangat bersalah dengan wife aku dan kawan aku ketika itu. Macam mana aku nak minta maaf dengan wife aku dan kawan baik aku? Lepas salam dengan kawan aku, aku terus balik tanpa mengambil gambar, tak sanggup aku.
Aku sangat bersyukur Allah hadirkan rasa gelisah dan menyesal akan dosa yang aku dah buat. Sebelum ni, aku berzin4 memang aku tak fikir apa2 kecuali nikmat. Agak susah bagi aku nak tinggalkan ketagihan zin4, aku memang melawan sedaya upaya. Aku unistall apps TUMBLR, WECHAT & TELEGRAM. Aku block semua nombor-nombor bapa/mak ayam. Member-member aku yang sama spesies dengan aku, aku tak contact sangat dah.
Aku tak nak matti dalam kehinaan. Aku tak nak di akhirat, orang kenali aku dengan ahli zin4. Aku sangat takut. Aku mula solat, membaca Quran, pergi surau. aku mula spend masa hanya dengan wife aku. Alhamdulillah, semakin hari, ketagihan aku makin kurang, aku dah dapat mengawal diri aku.
Aku nak berpesan kepada rakan-rakan yang sedang atau hendak terjebak dalam aktiviti maksiat ni. Tinggalkanlah. Nikmat apa yang dicari jika hati tidak tenang jua pada akhirnya. Jika kita tak rasa berdosa sekarang, suatu hari nanti kita akan menyesal. Percayalah, rasa menyesal tu akan datang, harap2 tak terlambat. Allah bagi peluang jalani ujian hidup ini hanya sekali. Hanya sekali bro, tak boleh rewind dah.
Uninstall lah Apps yang mengarut yang membawamu ke arah maksiat. Takutlah kepada balasan di akhirat nanti.Walaupun kita terlepas di dunia, kita takkan terlepas di akhirat. Kita boleh tipu manusia, tapi kita tak boleh tipu Allah. Hukuman pedih dan berat menanti para penzin4 di akhirat jika tidak bertaubat. Nikmat di dunia hanya sementara dan penuh tipu helah, di akhirat itulah nikmat yang paling hebat dan kekal abadi. Aku harap isteri aku tak pernah tahu yang aku adalah seorang bekas penzin4. Jauhilah zin4.




