Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KRT. Mohon hide profil aku ya min..
Disini aku ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Dan aku nk minta pndangan dan pendapat warga KRT semua. Aku ada anak 2 org berumur 9 dan 10 tahun dan aku adalah isteri kedua. Suami aku kerja sendiri. Sekarang aku dudk dengan anak tiri aku 5 org. Ya mungkin org selalu kecam isteri kedua ni kan. Ada yang kata perampas, mnjatuhkan rumahtangga dll tapi hakikatnya berbeza. Dari makan, pakaian, kemas rumah A-Z dan smuanya lah dlm rumah ni aku yang uruskan. Anak2 suami aku yang masih sekolah 3 org. Pendek kata apa sja dlm rumah ni aku yang uruskan. Isteri pertama suami aku tu masih memegang title “isteri” sebab suami aku belum menceraikannya lagi. Dia dah 2 3 kali terkantoi brmsj, berduaan dan ‘bersama’ dgn laki lain..
Tapi bagi aku hal suami aku mahu menceraikan atau tidak itu aku tak kisah. Sebab aku rasa kasihan dgn anak anaknya.. Oleh kerana dia selalu meningglkan rumah utk mnjalankan ‘kerja2’ dia tu, maka kebajikan anak2 suami aku tu terabai. Mksud aku dari segi memasak, mmbasuh pakaian, pelajaran sekolah dll lagilah.. Maka, suami aku bwklah anak2 nya dudk dgn aku. Bukan sebulan dua min diaorg dudk dgn aku. Dh bertahun tapi aku tak kisah. Aku ok dan terima saja.. Dirumah ni, ada kala juga aku brgaduh dgn suami (bukan hal melibatkan anak2 dia). Biasalah dlm rumhtngga gaduh kecik2. Aku tak kisah wlaupn aku ni ibarat ‘org gaji’ utk anak2 nya. Tapi dtg part anak2nya tu brgaduh sesama diaorg memang aku tak boleh hadap..
Utk pngetahuan min, slh sorg ank dia ni tak suka pergi sekolah. Kerap ponteng sekolah. So bila slh sorg nasihat dia, lngsung dia tak dgr. Gaduh bukan biasa2 min.. Smpai hempas2 brg, hempas pintu, baling itu ini smuanya lah.. Malu aku min. Jiran2 pun ada kluar tgok2. Suami aku nasihatkan pun tak jalan. Hal ni tlmpau kerap trjadi. Aku stress lah. Dhla aku penat letih hari2 dgn kerja aku dirumah, urus anak2 aku sekolah, homework sek anak aku lgi, masak smuanya lah min.. Jdi bila time aku nk rehat especially waktu mlm memang aku geramm sangat. At least hormatlah org sama. Aku juga pernah menyatakan hasrat aku supya suami aku carikan diaorg rumah lain sebab 2 orang anaknya pun boleh kerja bantu2 suami aku tapi suami aku kata nanti dulu sebab kesian anak2 nya nti tak ada yang boleh masak basuhkan lipatkan baju smua..
Dan aku pun jwb tak apa lah kalau mcmtu. 2 org anak suami aku yang besar tu dah hbis belajar universiti dekat 3 tahun tapi tak cari kerja. Maafla ckp. Memang diaorg 2 ni pemalas bagi aku. Kehulu hilir dengan kawan2 saja.. Seolah tiada matlamat dlm hidup. Tak prnah mmbantu ayah diaorg pun.. Malah meminta lagi ada. Aku tak campur bab2 duit antara suami aku dan anak dia tu. Cuma kasihan suami sebab dah besar pnjg dan tak cari kerja pun utk tolong2. Bukan tolong ayah dia pun, tolonglah diri sdri tu. Anak2 suami aku ni smua jarang solat, puasa. Tidur pun bangun pkul 2 3 ptg kadang smpai maghrib pun masih berdengkur. Makan smua kna ada atas meja. Suami aku tegur pun diaorg buat tak tahu saja.
Anak2 aku pula aku hntar ke kelas mengaji 3 kali seminggu.Pendek kata, anak2 aku ada aktiviti diaorg sdri dari pagi smpai malam. Pernah satu haritu, diaorg bwk anak2 aku main game smpai tgh mlm. Diaorg memang kaki game. Aku mrh sangat min sebab anak2 aku lupa dh nk susun buku, buat kerja sekolah smua. Berturut turut seminggu kejadian ni. So aku geramm dan aku suarakn kat suami. Suami pula marah kat aku. Kata aku ni tlmpau mngkongkong anak. Padahal aku bkn mcmtu. Weeknd aku bagi bebas anak aku main. Isnin-jumaat shja aku tak benarkan handfone ke game ke apa ke.. Tgok tv okla. Ikut masa. Sebab ank aku prnah kna rotan dan denda dgn cikgu psl tak buat kerja sekolah. Sehingga harini masih berterusan kejadian ini. Salah kah aku min? Hai warga KRT. Apa pendapat atau nasihat korang? Aku salah ke? Atau mcmna aku nk atasi mslh aku ni min??
Terima kasih.