salam min.. tolong hide profile aku yea… aku stress min sampai dah fedup la ni kiranya. aku ngan laki aku boleh kata hari hari gaduh. gaduh bukan pasal perempuan ke apa min, tapi pasal dia kata rumah kotor. sebelum ni ok la aku keje skang aku dah diberhentikan kerja tanpa sebab jadi aku duduk rumah, laki aku memang baik tak keluar lepak dengan kawan, rutin dia pergi kerja balik kerja. laki aku ni ada penyakit terlalu pembersih,. dia akan balik rumah marah2 ckp aku kotorkan rumah, sedangkan aku tak buat sepah apa pun min.
Dah la dia nak makan kat rumah hari hari dia kata makanan kat luar tak bersih, ok lah aku memang suka masak jadi tak ada masalah kat situ. Yang masalahnya Bila lepas aku masak dia bebel kata aku masak 2/3 jenis lauk jer pun tapi buat sepah macam kenduri aku stress min.l aku tak tahu mcm mana aku nk terus bertahan dengan perangai yang sangat2 cerewet bagi aku.. aku tak tahu istilah bersepah dia mcm mana, bila masak lagi2 menggoreng memeng la minyak akan memercik, aku guna barang pinggan mangkuk kadang paling minimum dah untuk letak bahan2 potong untuk masak. aku masak dia tak bg cuci pinggan dia kata aku cuci tak bersih..
Stress aku min blom lagi pasal anak buat sepah mainan allah jer tahu min perasaan aku sekarang.. dia nak aku mop lantai hari2 kot. Aku dah tak tahu nk tolong dia mcm mana.. aku alihkan benda dri satu tempat pun dia marah, lagi2 bila anak main barang2 dia, dia mmg tolong aku kemas mop apa semua, tapi aku tak tahan telinga min. sian anak kena marah ngan dia, normal lah budak buat sepah kan.. tolong siarkan yea min, aku nk tanya pendapat bawang rangers mcm mana aku nak hadap. komen positif plz.. aku buntu dah nie.