Assalamualaikum admin dan warga Krt yang kasihi Allah.Minta Maaf kerana guna fake account tapi saya tak punya kekuatan utk guna identiti diri saya sendiri. Saya sangat buntu dan perlukan bantuan admin dan readers untuk bantu saya jika ada yang berpengalaman dan ikhlas membantu. Saya meperkenal kan diri saya sebagai Lara. Berasal dari Sabah. Maaf sekiranya ayat saya tunggang langgang. Saya sudah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun dan mempunyai 1 org cahaya mata. Saya mengenali suami dari bangku sekolah lagi dan tidak menyangka dia boleh bertindak sebegini rupa. Ujian ini sangat perit utk saya lalui dan hadapi.
Untuk meringkas kan cerita baru baru ini suami berterus terang yang dia suka kaum sejenisnya dan dia tidak dapat menahan dan tipu perasaan saya lagi. Dia juga berterus terang dari mula kami kahwin dia tidak pernah pun menyintai saya , dia cuba sedaya upaya untuk menyintai saya tetapi gagal untuk mewujudkan perasaan itu terhadap diri saya. Hati saya hancur admin, saya buntu. Tergamak dia buat saya begini.
Dia juga memberitahu saya yang dia sudah berkenalan dengan pasangan berumur 31 tahun. Dan sudah pun berhubung selama 4 bulan.
Saya dah cakap pun dengan lelaki tu tolong jauhi suami sya tetapi dia enggan dan tetap juga berhubung dengan suami saya, even mentua saya sendiri sudah nasihat lelaki tu tapi dia tidak peduli pun. Saya merayu dengan suami saya tanya dia kenapa buat saya macam ni, suami saya hanya mmpu meminta maaf and tidak dapat menahan perasaan suka dia kepada lelaki. Allahu, remuk hati ini Allah saja yang tahu. Suami saya ini seorang lelaki yang sangat baik, sangat berbudi pekerti, solat lima waktu tak pernah ditinggalkan, bapa yang penyayang dan suami yang bertanggungjawab. Dia juga salahkan diri dia kenapa dia dilahirkan begini walhal dia sudah pun selalu berdoa untuk hilangkan naluri songsang dia ni.
Dia menangis depan saya admin dia tidak minta pun dilahirkan begini, dia betul2 ingin berubah dah mcm2 dia berusaha tetapi naluri songsang tu tetap wujud. Dia berfikir dari mula kami kahwin naluri dia ni boleh hilang tetapi tidak. Saya desak dia agar berubah tetapi dia ugut saya akan bunh diri supaya penderitaan dia akan hilang. Dan sekarang suami saya masih lagi berhubung dengan lelaki tu .Waktu malam sblum tidur pun dia berwhatssap disebelah saya. Hati saya remuk. Saya penat nasihati dia agar berubah, saya sedia terima dia smula skiranya dia ingin berubah dan kembali kepangkal jalan. Saya tidak sanggup tinggal kan dia dalam keadaan begini yang berdosa dan sesat. Saya ingin hidup dan kekal bersama dia dan anak2 hingga ke syurga admin. Saya sayang dia kerana Allah . Saya buntu.




