PEREMPUAN YANG BERZ!NA HANYA UNTUK LELAKI YANG BERZ!NA.
Aku biasa dengar ungkapan itu. Namun aku tak menyangka ianya terpalit utk diri ku. Aku sudah berkahwin dengan seorang wanita pilihan ku. Perkahwinan kami sudah mencecah 17 tahun. Aku mengenali isteri ku ketika sama2 belajar di universiti. Sebelum mengenali beliau, aku pernah berzin4 dengan perempuan lain. Sama dengan isteri ku, beliau pun pernah berzina dengan bekas teman lelakinya sebelum ini.
Perkara ini diketahui bersama oleh kami sebelum memutuskan untuk berkahwin. Ketika itu, kami memang bercadang untuk membuka buku baru, lupakan kisah lama.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aku mula berkawan dengan kawan2 yang salah. Selalu melakukan maksiat. Sudah beberapa kali aku terlanjur dengan beberapa perempuan. Dan kali ini, isteri ku memang tak dapat menghidu perbuatan ku. Namun begitu, setelah aku menunaikan umrah pada tahun lepas, aku mula istiqomah. Men!nggalkan segala perkara2 maksiat dah terus bertaubat.
Tetapi, Aku diuji oleh Allah SWT Aku dapat tahu bahawa isteri ku telah menjalankan perhubungan sikit dengan kawan sekerja nya hingga terlanjur beberapa kali. Aku sangat marah dan kecewa. Namun, aku redha. Mungkin itulah balasan terhadap dosa2 ku yang lampau. Aku mengambil jalan dengan bermuhasabah diri ku ini. Sedikit pun aku tak memaki hamun isteri ku. Apatah lagi memukulnya. Kerana aku tahu, keburukan itu datangnya daripada aku sendiri.
Alhamdulillah, aku sempat memintas isteriku dari terus terjerumus ke lembah maksiat. Aku juga bersyukur kerana isteriku bertaubat serta menyesal dengan perbuatannya itu. Selepas dari kejadian itu, kami seolah2 memulakan hidup baru. Aku terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap isteri ku. Aku terus menyayangi beliau 1000x ganda, lebih dari sebelumnya.
Tiap2 hari aku berjemaah dan berdoa agar jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. Buat pembaca KRT. Ingatlah. Allah maha adil. Setiap perbuatan kita akan dibalas seadil-adilnya. Janganlah engkau kufur dengan nikmat2 yang diberikan olehNya.




