Salam min,aku taip formal je eh,sebab post sebelum ni tak disiarkan, mungkin sebab tak formal. minta siarkan sangat. aku buntu. berapa tahun dulu, aku jatuh cinta pada sorang perempuan ni. mula2 nampak selisih tepi jalan. cantik orangnya. aku cuba selidik diri dia. sebaya aku, tapi sek asrama diluar. kawannya kata, dia agak sombong tapi masih single. Jadi aku tekad, lepas je habis sekolah aku keje luar, niat aku nak kumpul duit, cukup je terus masuk minang. bila duit dah cukup, aku balik kampung. aku dapat tahu perempuan idaman aku dah berpunya hak milik kekal. aku frust sangat masa tu. Lama aku cuba move on sampai lah aku kenal bini aku, itu pun sebab kan satu je. nama bini aku sama ngan dia. dalam diam aku stalker dia. senyuman dia cantik sangat. mata dia ayu sangat. jelingan dia memukau walaupun dia bukan jeling aku. aku menyesal sebab lambat.
Aku cuba act macam biasa ngan bini aku tapi aku tak boleh. tiap masa aku nampak bayangan dia. aku panggil nama bini aku, yang datang tu macam dia. alangkah bertuahnya aku kalau aku yang dapat dia. cantik, lawa, sopan, pandai masak, pandai layan suami. suami balik kerja, dah terhidang makanan sedap2. struggle aku stalker kan min? Aku dengan bini aku ni, baru kahwin, tapi bini aku tak pandai layan aku. Setiap apa dia nak, semua aku bagi. hidangkan secawan air pun susah. sekarang bini aku tengah pregnant,aku faham keadaan dia. Tapi kalau sebelum pregnant pun dia buat aku macam apa je, dah pregnant ni lagi teruk aku dapat. ada masa aku rasa macam silap buat keputusan, sebabkan name sama je aku terima bini aku. kalau aku tahu macamni, lebih baik aku single simpan nama tu kemas2 dalam hati.sama je.sampai sekarang aku masih sayangkan perempuan idaman aku.
Satu masalah besar, pada kawan2 aku pernah lafaz ceraikan bini aku. aku memang taknak. aku silap. lagi lama aku rasa lagi kuat bayangan dia. tiap masa aku nampak dia pada bini aku. Aku buntu. tolong aku min. jangan kata aku tak hargai bini aku, tapi bini aku yang taknak hargai aku. dia tahu aku sayangkan perempuan tu, tapi dia besarkan cmburu dari dia cuba pikat aku. aku dah cuba tegur dia, layan aku macam suami. bukan babu. bini aku bkal bersalin bulan 10 ni, kiranya jatuh talak ke lepas bersalin nanti?




