Salam min. Macam biasa . Hide profile aku min. Sebab aku guna fb adik aku. Bulan lepas aku masuk praktikal kat satu company besar di pantai timur. Nak dijadikan cerita aku sorang je perempuan yang tak kawin lagi dalam office tu. Yang lain semua dah kawin. Dan nak jadikan cerita suatu hari ada seorang lelaki yang memang dilantik untuk train aku ni memang hensem dan berjawatan dan merupakan suami orang. Pada mulanya aku tak jatuh hati dekat dia sebab aku dah ada boyfriend. Tapi sikap macho dan caring dia yang teramat sangat kat aku membuatkan aku jatuh hati kat dia.
Ada suatu hari, tangan aku disengat lebah dan dia bawak aku pegi klinik dan hadiahkan aku coklat dan bunga dia juga banyak defend aku depan bos2 yang lain. Lepas tu aku mula berbalas whatsapp dengan dia pada luar waktu pejabat yang menyebabkan hubungan aku dan boyfriend aku dah makin jauh. Aku dah mula sayang dia min yang merupakan suami orang . Tapi macam mana aku nak berterus terang dengan boyfriend aku yang aku dah sayang orang lain?




