Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana sudi siarkan coretan saya. Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal April lalu. Saya masih muda, berumur 23 tahun. Dan suami berumur 32 tahun. Jarak umur kami memang jauh 9 tahun, perkenalan saya dengan suami agak singkat hubungan percintaan kami baru masuk 1tahun kami sudahpun mendirikan rumahtangga. Merisik bertunang dan berkahwin semuanya berlaku dengan pantas.
Kami kenal atas dasar suka sama suka dia bujang dan saya juga begitu. Semasa perkenalan kami sebelum berkahwin, saya sudah dapat tangkap perangai suami saya, kuat cemburu, cepat melenting, dan terlalu banyak peraturan yang saya harus patuh dan ikut. Sisi baiknya juga banyak. Contohnya dia penyayang. Tapi itu hanyalah mukadimah coretan ini, saya ingin meminta nasihat, pandangan dan kata kata semangat untuk saya yang usia rumahtangga belum pun sampai setahun.
Saya suri rumah sepenuh masa, suami bekerja sendiri dan daripada keluarga berada. Saya juga dari keluarga terhormat. Saya memilih suami sebagai sura hidup saya kerana jarak umur yang jauh, saya yakin suami boleh membimbing dan membentuk saya jadi lebih baik lagi. Kami duduk bersama mertua kerana suami seorang anak tunggal dalam keluarga. Lagipun rumah mertua besar dan hanya mertua tinggal berdua jadi kerana itu saya dan suami sepakat untuk tinggal bersama mereka dan menjaga mereka. Hubungan saya dan mertua Alhamdulillah syukur tersangat baik.
Kedua mertua saya layan saya seperti anak sendiri tak pernah sekali saya rasa seperti orang asing dalam rumah ini. Tapi Allah uji setiap hambanya dengan pelbagai cara. Hubungan saya dan suami selalu keruh. Suami sangat cepat melenting dalam setiap perkara. Walaupun benda kecil akan jadi besar. Beliau seorang yang panas baran, tapi bukan seorang kaki pukul. Mulutnya selalu keluar perkataan hinaan dan cacian. Saban hari dia kata menyesal kawin dengan saya, dia tak bahagia, dan pelbagai lagi kata2 yg menghiris hati saya.
Beliau memang tidak mendera fizikal saya tapi mental dan jiwa saya. Saya tertekan. Kami bergaduh tidak kira jam dan masa. Setiap kali bergaduh setiap kali itu saya akan menangis dan ditengkingnya suruh saya diam, tidak pernah sekali beliau memujuk apatah lagi menyeka air mata. Tapi semua pergaduhan akan beliau selesaikan dengan nafkah batin. Dan perkara itu akan berlalu begitu sahaja tanpa perbincangan, tanpa komunikasi. Dan ia akan berulang perkara yg sama setiap pergaduhan.
Saya masih belum direzekikan anak. Mental saya penat terlalu penat. Pernah sekali saya menangis semahu mahunya saya kata saya tertekan saya boleh gila dengan layanan dia dan saya ingin tamatkan riwayat sendiri Allahuakbar moga Allah ampunkan dosa saya. Tapi beliau seakan tidak peduli beliau marah suruh saya diam dan jgn menangis, beliau tinggalkan saya sendirian dam terpaksa berperang dgn perasaan dan hasutan syaitan seorang diri. Sedikit pun tidak ada perasaan simpati dan kasihan.
Saya selalu berharap suami menghargai kehadiran saya sebagai isteri sakit peningnya saya jaga, makan minum saya tak pernah abaikan. Beliau seorang suami yg penyayang kalau kami tidak bergaduh dan boleh sekelip mata bertukar jadi suami yg zalim mendera emosi isteri. Beliau mahu saya ikut garis panduan yg beliau tetapkan, saya bukan seperti isteri Rasulullah saya banyak khilaf tapi beliau mahu saya menjadi sesempurna mungkin. Kalau saya tak dpt nak turut atau patuh saya digelar isteri neraka dan tidak akan cium bau syurga.
Banyak kali beliau ugut ingin lafazkan talak pada saya hanya kerana benda kecil Dan beliau sudah pun melafazkan talak 1 pada saya genap 3 bulan kami berkahwin. Dan kami rujuk semula kerna beliau kata beliau tidak berniat ingin menceraikan saya. Saya sedih dan sangat tertekan.
Saya nak minta doa dan pendapat warga KRT yg saya sanjungi, Doakan saya mendapat zuriat dengan cepat sebab suami sangat sukakan budak2 jadi saya percaya bila kami ada zuriat layanan suami mungkin akan berubah menjadi baik. Dan saya ingin minta kata2 semangat dan pendapat dari semua yg jauh lebih banyak pengalaman dan lalui pelbagai ujian lebih dari saya. Maaf coretan yg panjang, saya lega dapat luahkan disini. Assalamualaikum.




