Assalamualaikum..nak hide or tidak terpulanglah.. Aku dh berkahwin dan mempunyai anak 5 orang usia perkahwinan selama 17 tahun. Aku just nak share perkara yang harus n perlu para suami lakukan serta peranan isteri. Bila kita berkahwin
1. jangan duduk sebumbung baik dengan mertua or ibu sendiri
2. Berlajar erti hidup..
3. Berdikari..
4. Jangan meminjam duit pada family.. 5.jangan suka mengadu hal rumahtangga baik mertua, ibu ,family or kawan2
6. Jagalh wife dengan sebaiknya sprt yang diamanahkan..
7. Simpan n rahsiakan apa jua kekurangan pasangan.
8. Nafkah jangan lupa..
Aku kongsi permulaan kisah rumahtangga aku untuk jadi pengajaran… Di awal perkahwinan dimn wife bukan pilihan dn aku juga bukan pilihan mertua… Terlalu bnyak kesukaran, penderitaan, penghinaan serta cacian yang aku dan wife tanggung hingga hampir terlerai ikatan namun jodoh kami alhamdulillah masih pjg.. Ada juga yang mengunakan ilmu hitam untuk memisahkn kami.. Bermacam dugaan dilalui.
Aku ni anak bongsu n tak dinafikan kebnykkn kemahuan aku akan cuba ibuku penuhi akan tetap bila jodoh bukan pilihan, nasib aku mula berubah.. Aku pada awalnya mula disisihkn ahli keluarga yang lain n nasib wife juga begitu. Dari satu tmpt ke satu tmpt berpindah-randah. bayangkn sudah 11 kali aku berpindah.. Paling aku tak lupa bila aku menetap d sepang. Kerja memang susah.. Aku kerja kedai tayar yang dibayar upah rm15 sehari.. Rumah sewa rm300+api air, brg dapor, belanjer kerja.. Sumpah memang tak cukup..
Masih segar di ingatan nak beli ayam pon suku, beli ikan kena kira berapa ekor Sesungguhnya dugaan itu sangat hebat.. Pernah duit takde masak nasik n goreng ikan diluar rumah guna kayu api. ada ketika Melihat anak2 makan nasi dengan garam.. Ya allah menitik air mata tpi aku duduk luar takanak tengok ketika anak2 makan… Perrhh sedih jangan ckp. Aku buang rasa ego pergi kutip n cr brg lusuh untuk di jual. Dpt duit beli lauk.. Hrp gaji mmg tak cukup. Nak pinjam orang jauh sekali..
Pada suatu ketika aku dihalau dr rumah sewa. aku letak brg2 yang mungkin bagi orang lain tiada nilai. dirumah kosong. Aku pindah jln kaki.. menagis air mata lelaki aku jatuh. hebat sungguh dugaan. Ketika aku berpindah ke tmpt lain.. Aku mulakan hidup baru, di mana aku belajar buat renovation.. Alhamdulillah ada seorang haji ni yang banyak membantu dan mengenalkn pada sahabat2 nya..
Kehidupan mula berubah dan mampu beli kereta. pernah pada suatu ketika aku menghantar anak ke sekolah tadika sejauh 4 kilometer berjalan kaki.. AZab nya tuhan sahaja yang tau. tetapi segala kepayahan tersebut di balas bila kesenangan hampir singgah di mana aku alpa Mula bergaul dengan kawan2 yang menjahanamkan akhirnya aku terduduk sendiri. tuan rumah menghalau n kereta terpaksa jual pada ketika itu tiada duit untuk menyambut kelahiran anak ke4…
penderitaan bertimpah2. Bila ditempat baru aku tekad dan nekad untuk berubah.. Alhamdulillah akhirnya aku mampu mengubah hidup dr serba kekurangan kpada yang lebih baik… Bayangan selama 17 tahun lebih.. Wife bnyk bersabar n setia.. Untuk para suami janganlh wife ketika mereka berpantang n jangan lah hantar pada mertua untuk dijaga. Alhamdulillah dr anak pertama -ke5 aku lah yang jaga pantang takpa menghrpkn sesiapa.. Kita suami kena lah ada sifat tanggungjawab… Nak rezeki senang jangan lupa nafkah itu penting.. Jika kedekut or rasa rugi bagi nafkah jangan kawin… N jangan lak nafkah n brg dapor tu disekalikn.
Ingatlah wife yang baik akan setia pada suami yang dkasihi… N wife yang baik tidak akan menyusahkn suami yang tak mampu menyediakan kemahuan yang melampau. toleransi memahami n tanggungjawab itu penting. Jangan sesekali berkongsi hal rumahtangga pada sesiapa.. Hadam jer… Bnyk lg kisah aku just ni jer mampu aku Share agar para psgn sedar akan rasa kasih pada jodoh kita.. Sekian…. #akunasihatkndiriakusekali




