assalamualaikum admin… saya ada satu masalah yang selalu menjad penyerabutan di kepala otak saya. mohon admin share kan post saya anonymously untuk saya dptkan pendapat pembaca. saya seorang suami sudah berkahwin 2 tahun dan telah dikurniakan seorang anak.. masih lagi tinggal bersama ibu mertua kerana saya kahwin dgn anak sulong.. untuk pengetahuan smua, ibu mertua saya merupakan seorang balu..
masalah saya, saya kadang tak berapa selesa tinggal bersama MIL saya kerana sikap nya yang suka bersangka buruk, suka mengongkong (saya takleh berkawan) (takleh keluar minum) (takleh pergi hiking).. segala kata² nya saya harus akur kalau tak akan menyebabkan beliau bermasam muka seolah² saya ini telah mengabaikan perintah beliau (kadang isteri pun terikut² dengan perangai yang suka mengongkong). saya bekerja dan balik kerja jaga anak dan lipat kain dan melakukan kerja² rumah yang lain. bab nafkah dan keperluan anak bini alhamdulillah saya jalankan..
cuma yang menjadi masalah saya, kadang² isteri saya sendiri nusyuz terhadap saya kerana membela ibunya ( dia sendiri mengaku bahawa kadang² beliau(isteri) melawan saya.. saya faham die tersepit di antara ibu dan suami..
untuk makluman pembaca juga, saya juga telah menyediakan rumah yang cukup selesa sebagai memenuhi nafkah tempat tinggal keluarga kecil saya namun jika saya berkata ingin pindah keluar, MIL saya akan mengugut istri saya supaya datang bekerja lg dengan beliau (MIL seorang peniaga dan isteri saya bekerja dengannya). Saya kesian dengan isteri jika di ugut jadi saya tiggal lagi bersama MIL
Baru² ni, saya hiking hobby saya semenjak saya belum kawin dan perlakuan saya itu tekah menimbulkan rasa tdak puas hati MIL saya, seolah² saya telah melanggar kata²nya… akibat daripada itu, beliau bermasam muka dan kerap kali menunjukkan beliau tidak suka pada saya… saya seorang yang sensitif dan berasa tersinggung dengan kelakuan beliau.. akibat daripada itu jga, saya dan isteri kerap bergaduh dan beliau mengatakan bahawa beliau ingin bercerai kerana beliau rela kehilangan suami drpd ibu beliau. apa kah tindakan rasional yang patut saya lakukan.




