Admin. kalau sudi siarkan ya. Saya cuma nk meluahkan kisah hati. Bila baca kRT orang lain banyak komplen pasal pasangan masing2. Dulu pun saya begitu. Selalu komplen pasal suami saya. Perkahwinan kami hanya bertahan 3 tahun je. Dari mula2 kahwin dia sakit.Tak boleh jalan. Kaki masuk besi. Tapi saya tetap ada untuk dia. Saya ikhlaskan semuanya. Setahun kemudian dia dah sihat, dia kerja sebagai pemandu lori. Hidup kami ada perubahan. Dari menyewa bilik dah boleh tinggal rumah sewa. Ada kereta motor.
Bila masuk tahun ke3 dia kepala dia plak sakit. Saya diuji lagi. Pening muntah. makan tak lalu tido tak lena. Kali ni saya tak boleh nk ikhlas. penat kerja. Balik nak masak basuh kain. anak setahun aktif terkejar2 buat keje rumah. Nak jaga dia lagi. Perangai dia jadi macam budak2. Kejap ingat kejap lupa. kencing tak cakap. sampai limpah kat lantai walaupun saya dah bagi botol. bila tanya dia cakap anak yang kencing. cakap mengarut je.
Masa dia sakit kali ni saya selalu mngungkit. Selalu marah2 tapi dia senyap je. Saya sedar saya dosa tp saya tak larat nak jaga. Tak macam waktu sihat sikapnya baran sikit. Sekali saya angin. Dia berganda2 bleh naik angin. Tapi dengan anak dia sangat penyayang. Anak pun manja dengan dia. Saya tak tau dia sakit ape. 5-6kali check Doktor baru dpt detect dia kena kansr otak. Menangis saya terima khabar ni. Tp bila dia admit ward saya still layan dia teruk. marah2 cakap lepas. Buat dia terasa hati. Hampir 3mggu dlm ward kami asyik gaduh.
Saya jadi serabut sebab tak keje. macam mana nak ada duit. Dah la dia sakit tak bleh keje. Tapi dalam ward dia macam tak sakit sebab ubat cukup. Selera makan naik. Tak cukup yang hosp. sediakan beli lg kat kantin. Dia cakap asyik lapar. lepas buang besi kat kaki sebab nak MRI otak, kaki dia kena jngkitan kuman. Tak sempat min nk operate otak.Jangkitan merebak ke paru2. Dia pergi mengejut smggu sblm raya haji 2019. Patutla dia asyik cakap nak blik kg raya hji. Allahu Rabbi.Seburuk2 suami..dia ayah kpd anak saya. Bila dia takde.rase kehilangan sangat2. Bukan tak redha, tp knp saya yang di uji. Baru saya rasa…kehilangan tu buat kita akan hargai org tu. Tp apakan daya. Kuasa Tuhan takde sape blh menidakkan.Saya redha. Kpd KRTF…hargailah pasangan selagi dia masih bernafas. Hari ni 13hb9 2019 genap 40hari. Al-Fatihah untuk arwah suami.




