Assalamualaikum krt. saya baru berkahwin 1 tahun dan sedang mengandung 8 bulan, saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta dan dapat restu kedua belah keluarga . tapi sblum kawin saya tak kenal sangat keluarga mertua . bila kahwin saya masuk dlam keluarga meraka baru saya sedar Dia(adk ipar ,perempuan,19tahun) tidak sukakan kehadiran saya dalam keluarga mereka . dia cuba buat apa sahaja termasuk buat cerita buruk smpai mertua bencikan saya.
Tapi saya cuba bertahan sebab saya terlalu sayangkan suami saya. tapi adik ipar saya keterlaluan sngat. Bila suami balik kerumah mertua dia sengaja pakai seluar pendek baju singlet duduk atas riba peluk2 kadang2 saya nampak mereka berdua2 dalam bilik hati saya sebagai isteri hancur sangat2 . kadang2 saya sampai bergaduh dengan suami sebab taknak balik rumah mertua sebab saya taknak terluka lihat kelakuan mereka berdua dan bila saya tegur suami mntak dia jaga batas dengan adik dia tp malah saya dimaki, dihina, disumpah.
Suami pernah berkata adik dia lebih penting segalanya dari saya . saya kecewa sngat2 dan saya dah buat keputusan kalau perkara ni masih berlarutan selapas saya melahirkan bby ni . saya nak cerai sebab saya dah betul2 tak tahan hidup cmni . apa pendapat awk semua?




