ASSALAMUALAIKUM KRT..haritu aku dah cerita tapi sekerat banyak tak paham ..tapi kalini aku nak cerita lagi supaya korang paham cerita penuh sebab haritu ada yang takpaham cerita aku. korang nilai la sapa yang salah sebetul betulnya. Aku dan isteri kawin muda..kami selalu ada masalah kewangan tapi isteri aku takpenah bising. merungut jauh sekali. Bila gaji sikit ke apa ke. dia senyum je.. Bila dia dah beranak. aku mula berubah. mulut aku ni sentiasa perli dia. cari gaduh. cari pasal. malukan dia depan family aku..
Pernah sekali tu dia mintak duit nak beli buku sebab dia belajar lagi. aku kata dia macam². Sampai dia marah dan terlampau terasa dengan aku. dia g keja part time. aku lega sangat sebab pada aku hilang beban aku untuk tanggung dia belajar. aku takpenah pun amik kesah sebab aku tau dia boleh susah senang dengan aku. aku terlalu yakin dia takkan kesah dengan mulut laser aku. BOD0HNYA AKU MASATU ..YA ALLAH ..
Bila dia dah habis belajar aku paksa dia kerja aku nak dia tanggung family dia guna duit dia dan tak mengharap duit aku. kalau ikut isteri aku. dia nak jadi suri rumah je. Dan lepastu dia mula berubah. sikit demi sikit. lama² aku jadi pelik. aku dah syak mesti ada something. rupanya dia dah berkawan dengan orang lain. tapi aku taktau la hanya berkawan atau dia dah sayang kat laki tu..
Aku terasa down sangat. aku amik masa untuk tenangkan diri. tapi takboleh. aku geram. aku carut dia. aku Maki hamun dia. kaki tangan aku semua naik. aku hilang timbangan. Tiba2 Isteri aku meraung dia pelok lutut dia lepastu dia cakap dia jadi macam tu sebab aku. aku yang buat dia berubah. Dia meraung panggil Arwah mak dia. Aku nampak ketakutan kat mata dia. Yes mak ayah dia tak penah jentik dia.. pukul jauh sekali..
Aku diam. aku keluar dari rumah. aku terfikir apa salah aku sampai dia jadi macamtu. tetiba fikiran aku teringat semua benda.. Aku perli dia. Aku kata dia beban. Aku kata dia bawak bala. Aku takpenah sembahyang dengan dia..bila dia nak sembahyang dengan aku..aku bagi seribu alasan. mengaji jauh sekali..ALLAHU. Aku jarang hargai dia sebagai isteri..isteri aku tawar hati dengan aku dah..sejak aku pukul dia haritu..aku cuba berubah tapi mulut aku tetap sama.
Bila gaduh isteri aku akan senyap dan blah. bila aku cakap nak cerai. dia angkat bahu dan blah serius menyesal gila aku sekarang ni ..aku dah blur taktau nak buat macam mana dah..nak pikat hati dia balik.. kalau korang nak bahagia jangan la buat macam aku..hargailah dia..jangan sakitkan dia macam aku. SAYANG KALAU U BACA NI I’M REALLY SORRY..BUKA HATI U UNTUK I SEMULA..




