Salam semua. Saya dh berkahwin 20 tahun, mempunyai 5 anak, saya bekerja sendiri d KL, isteri pegawai kerajaan di pantai Timur. Ujian rumahtangga kami bermula 3 tahun lalu. Bermula kesilapan saya kurang ambik berat dan bertanya khabar menyebabkan isteri saya dalam diam menjalin hubungan dengan bekas kekasih beliau, kawan baik saya sendiri. Hubungan mereka terlalu serius sehingga isteri saya minta d lepaskan dan berniat untuk berkahwin dgn si kekasih hatinya…
Bila kami sedar kesilapan masing2, kami sama2 berjanji untuk berubah, sama2 baiki salah silap kami… Alhamdulillah, untuk seketika kami jalani kehidupan suami isteri macam biasa.. Saya ingatkn mereka tiada apa2 kaitan lagi… Rupanya saya silap… Entah macam mana pertengahan tahun lepas saya dapat ‘tangkap’ mereka berdua masih berhubungan, masih berwhatssapp seperti pasangan kekasih. Saya beri kata dua kepada isteri saya, samada mahu d lepaskan atau kekal bersama saya. Dalam esak tangis isteri saya minta maaf dan berjanji akan putuskan hubungan dan lupakan kekasihnya itu..
Walaupun hati saya hancur, demi anak2 saya terima isteri saya kembali. Isteri saya dah mengaku dia sudah boleh lupakan kekasih dia dan betul2 berjanji akan setia kepada saya. Namun saya sudah hilang kepercayaan kepada isteri saya. Saya sentiasa ‘mengintip’ isteri saya dalam diam dsebabkan kami tinggal berjauhan. Akhirnya 2 bulan lepas saya dapat ‘tangkap’ sekali lagi. Mereka tetap berhubung lagi. Kali ini mereka gunakn telegram. Siap ber”abg” ber “sayang” lagi. Bukan setakat tu si lelaki itu sudah berani berkongsi gambar dan video kurang sopan.
Akhirnya kesabaran saya sudah hilang. Saya rasakn apa yang saya buat selama ini tiada apa2 makna. Saya nekad untuk melepaskan isteri saya. Bila fikirkn anak2 saya jadi betul2 sedih. Anak2 yang menjadi mangsa. Apa yang harus saya buat….




