Assalamualaikum selamat menyambut hari raya aidil fitri beberapa hari aja lagi..
Aku kesal sebab dulu tak bawak isteri aku solat. Tak jadi imam untuk isteri aku. tak didik isteri aku bab agama. Allah tarik satu2 kenikmatan yang aku ad sampai lah aku jatuh terduduk. dan kerap ditipu gaji oleh majikan2 yang aku kerja.. sampai lah aku berpisah oleh kerana isteri tidak berpuas hati kerana aku tidak beri nafkah kepadnya. Dulu ad rumah, ada kereta, ada gaji besar. aku tak ingat allah. allah tarik satu persatu. Sampai lah allah tarik kebahagian aku dengan isteri dan anak2.. baru lah aku sedar allah uji aku tapi aku masih tidak mengingatinya.
Aku redha atas keputusan isteri ku untuk berpisah walupun aku telah memeberitahu aku telah menyesal. Dan mahu perbaiki diri pada allah. Aku pon tak penah abai kan tanggungjwab aku.. aku kerja selagi boleh walupun ditipu majikan aku tetap usaha cari kerja dan laksana kan tanggung jawab.. aku terkilan isteri aku nak berpisah kerana emas yang dulu kami sama2 mempersutujui untuk gadai kerana susah.
Sampai lah satu hari aku ad dapat kutu. an isteri mahu kan aku tebus. tetapi aku tidak mahu kerana takot tiada belanja bukan aku tapi isteri dan anak2. Dan isteri sudah tidak menghormati aku sejak aku jatuh susah. aku sedar aku silap sebab aku beri kemewahan kepada isteri awal perkahwinan dulu
Astro, bil internet, kelengkapan rumah, kereta ape saja.. sepatut nya aku ajar isteri sederhana.. aku tidak kaki peempuan, judi, mabuk.
Aku usaha dan kerja semua untuk isteri. tetapi isteri telah menpertikaikan nafkah. sedang kan aku tetap beri makan beli baju dia dan anak2.. tak sehebat awal perkahwinan dulu selesai beri nafkah aku beri dia 300 belanja.. aku kecewa kanapa isteri aku tidak macam isteri2 orang lain.. terutama isteri kawan baik aku. sebab nya kawan aku susah sngat lagi susah dari aku tetapi isteri walaupun sarat mengandunf tetap juga tolong buat kuih jual.
seblum nikah perjanjian susah senang bersama hapus sekelip mata…sampai nya isteri aku tinggal kan aku kerana dunia. ya allah berikan lah aku perasaan yang radha dan tenang menerima dugaan yang engkau beri kan ini. aku kesal isteri aku tido sebantal dan tahu aku susah tapi masih pertikai kan nafkah walhal aku beri xsehebat dulu.. kecik hati aku isteri mengking2 aku.. aku suami dia..
Aku harap allah ampunilah dosa2 isteri aku terhadap aku aku ampun kan dia segala yang dia telah buat pada aku. emak nya dan abg long dia sbnarnya tak suka kan aku dulu…sebab kan aku mahu kan dia aku tetap terus kan….
Ya allah ampuni lah isteri aku dan kuat kan lah aku dari apa yang engkau turun kan ujian pada ku…aku terima dengan redho. Ya Allah Lembut kan kan hati isteri ku sebelum abis edah kerana dia sedang mengandung dan telah menuduh aku sudah bercakap lafaz kinyah. Kepada semua warga imam kan lah istri dan ajari lah isteri solat inshaallah amin




