Assalam Min. Minta hide Dan post.. ini Aku Guna Hp suami Aku.. Aku Ada anak 3 org .. 2 anak adalah Dr perkahwinan saya Yang dulu Dan sorang dengan suami yg sekarang .. Aku kawin dengan Duda takde anak.. dah Alhamdulillah rezeki suami Aku skrg dah Ada Zuriat Dari Aku. Kami beza tak jauh cuma 2 tahun.. skrg Kami dalam 4 series. Aku kawin dengan suami Aku ni Baru masuk tahun 5..
Sejak Aku Ada anak ketiga ..Aku mula bencikan suami Aku.. suami Aku ni segalanya cukup dia bagi.. nafkah.. duit urusan anak Dan segalanya. Dengan anak anak Aku sendiri pun dia tak pernah kedekut.. sebulan dia Akan bagi Aku rm1500 untuk makan Dan anak anak serta RM500 nafkah untuk Aku.. .
Kadang Aku tahu sangat suami Aku Tu habiskan duit untuk Aku Dan anak anak.. untuk dia .. kadang sebulan Tu tinggallah RM250-300 untuk dia Guna pakai kerja Dan minyak Moto dia.. kadang kalau suami Aku sesak.. dia Minta nak pinjam duit Dari Aku RM10 Aku tak bagi pun .. kadang Aku tgk saja muka dia tengah bersiap nak g kerja .. Aku tahu dia tunggu duit Yang dia nak pinjam ..Aku buat bodoh jer. Aku tak bagi walaupun Aku tahu dia nak buat ISI minyak Moto.. bukan untuk makan ..
Aku selalu herdik suami Aku.. Aku selalu marahkan dia, alah sikit jer pasti Aku akan marah dia tapi dia diam je. pernah Aku saja tak bercakap dengan dia selama 6 bulan dan kalau dia Minta nak bersama .. Aku buat tak reti jer. ni dah Dua Tahun Aku tak bagi dia sentuh aku.. dia bukan mintak selalu.. sebulan sekali pun Aku tak bagi.. hal kerja rumah Tangga dia buat 90% . Masak basuh baju. Lipat baju. kemas rumah Dan uruskan anak kecil Kami Yang berusia 4 tahun.
Setiap tahu kalau dia dapat bonus. Pastu dia Akan habiskan untuk Kami semua. dia Akan bawa holiday.. Dalam negeri kadang luar negara.. tapi 100% semua atas dia.. Dia balik kerja pasti dia Akan masak untuk Aku Dan anak anak.. sepanjang Aku kawin. Baru 4 ke 5 Kali saja Aku siapkan Air untuk dia minum.. itu pun masa dia dapat gaji.. suami Aku tak pernah merungut apa apa Yang Aku buat pada dia . Bab solat .. memang dia tak tinggal.. tapi Aku tak paham kenapa Aku benci sangat dengan suami Aku.. pernah Aku nampak dia menagis selepas Aku herdik dia Dan Aku Hina dia .. apa yg keluar Dari mulut dia.. dia Minta maaf walhal Salah Aku.. tak putus putus dia Minta maaf dan berterima kasih pada Aku..
Aku tahu dia terima kasih sebab dia memang nak sangat Ada Zuriat sendiri, Sbb Dr perkahwinan Dua Kali suami Aku dulu..dia takde Zuriat.. dah umur 4 series Baru dia Ada Zuriat dengan Aku.. Aku selalu Cuba nak renggangkan anak Kami dengan dia .. Baru Baru ni anak Aku kami nak tidor Malam dengan suami Aku. Sejak dilahirkan ..memang Aku tak bagi anak kecil Aku tido dengan dia.. Aku jadi sakit hati. .. satu Malam Tu Aku bangun Aku lihat anak Aku tidor dengan tangan dok Belai muka suami Aku..
Aku tau anak Aku rindu sangat dengan suami Aku.Tapi Aku saja tak bagi dia tidor dengan bapa nya.. dah 4 tahun Kami tido asing.. bilik sebelah-sebelah.. . Aku tahu suami Aku tak CURANG.. Dan Aku pun tak CURANG.. tapi perasaan benci Tu membuak buak. Aku tahu suami Aku
Baik, hormat org Tua Aku. Mak ayah Aku Sayang sangat pada suami Aku.. ipar duai dia..hormat pada keluarga dia.. bertanggungjawap.. . Duit nafkah belanja tak pernah miss.. solat tak tinggal. Rajin masak .kemas. basuh baju.lipat baju segalanya lah.. memang susah nak dapat suami macam mana suami Aku sekarang ni..
Aku tak mau suami Aku ni tinggallah Aku.. Aku jadi takut. Aku abaikan kebajikan dia.. Aku tak Jaga dia dengan baik .. Aku berdosa sangat min..pada suami Aku.. Aku tahu dia Ada dlm krtf Dan krt..sbb dia pakai Dua Fesbok.. Aku selalu baca Komen dia macam luahkan amarah dia pada isteri/atau perempuan Yang abaikan tanggung jawap pada suami.. Baru ni Aku terbaca satu Komen dia di page krt yang buat Aku Rasa terkesan sangat Dalam komen dia pada warga krtf dia macam nak tamat Kan perkahwinan Kami). walaupun Komen itu tidak merujuk direct.. Aku jadi takut.. Aku kesal sangat.. sbb sekarang ni suami Aku dah tak bercakap dengan Aku langsung. walaupun memberi salam ketika dia pulang Dari kerja ,.tak hulur tangan dia untuk aku salam Dan dia tak lagi mencium dahi Aku kalau dia nak pergi kerja..
Yang Aku nampak dia akan cium anak (Zuriat dia) Kami puas puas sambil air Mata dia jatuh.. (menagis) setiap pagi selepas solat subuh. Masih kah Ada Sayang Dari suami Aku.. Aku takut terlambat nak betulkan keadaan semua keadaan.. Aku derhaka pada suami Aku ni pendosa pada suami Aku.. Aku tak kesah kalau warga krtf nak hentam Aku.. apa Yang Aku nak story Kan ni sbb Aku tak mahu anda jadi macam Aku.. Aku derhaka.. Semoga Aku Masih sempat bertaubat Dan hormat pada suami Aku.




