salam admin dan warga krt.
saya seorang isteri yang masih baru diceraikan buat kedua kalinya oleh suami yang sama. kali pertama saya diceraikan dengan pelbagai tanggapan buruk dan ketika itu dia sembunyikan kecurangan dia bersama isteri orang dengan memburukkan saya kpd keluarganya dn juga rakan-rakanya. kali kedua saya diceraikan sekarang ini ketika saya tgh hamil anak yang kedua dengan alasan dia untuk kebaikan saya kerana dia tidak cintakan saya. Tidak bahagia dengan saya dan mahu cari kebahagiaan saya. Dalam masa yg sama dia sedang merapatkan diri dengan rakannya yg juga isteri orang yang sudah punya anak tiga.
Saya kenal suami saya dari dia tidak punya apa2 hanya mempunyai sebuah motor yang uzur dari situ saya dan dia merancang untuk masa depan kami.
saya membuat pinjaman dan kami membuka sebuah gerai burger.
jika difikir bukan sedikit yang saya korbankan untuk dia. Terlalu banyak tapi malangnya sedikit pun dia tidak hargai apabila dia mula berubah sedikit demi sedikit setelah kesenangan yg baru sedikit Allah berikan. kecurangan dia pada saya bukan sekali dua. Malangnya saya masih punya hati yg lembut dan memaafkan dia. masih menerima dia kembali. dan akhirnya saya kini saya dibuang lagi buat kali kedua.
suami saya ni kaki hiking. dia selalu berbangga dengan saya kerana ramai perempuan yang sukakanya. balik dari hiking dia hanya akan bermain handphone sampailah tertidur diruang tamu. saya umpama kain buruk pada dia.tidak dia pedulikan. saban minggu dia akan kesana sini hiking.solat memang kelaut dalam. dia balik akan layan group hiking dan update statusnya. saya dilarang untuk komen dalam fb atau ig nya.
ketika saya memberitahu berita kehamilan saya ketika itu jugalah dia memberitahu saya ingin berpisah dengan saya. Allahu sungguh pedih hati ini. dia minta saya gugurkan kandungan ini dan tidak mengaku anak dalam kandungan ini adalah anaknya.. buat warga krt walau ramai mengatakan lupakan sahaja tapi saya begitu sukar untuk move on dari keadaan ini. saya menangis dan mengalami kemurungan. saya tahu saya semakin teruk kerana saya tidak dapat menerima kesakitan ini berulang kali.
Jiwa dan hati saya rasa amat pedih. saya ingin lupakan dia. lupakan semua tentang dia. tapi saya masih tidak boleh. apalagi saya terpaksa berhubung dengan dia kerana anak kami yang pertama.
apa cara saya harus lakukan supaya saya cepat dapat melupakan dia? dalam saya berair mata dia sedang gembira kesana sini dan galak bermain mesej dengan isteri orang yg juga sama hobi hiking dengannya itu. Dia juga bijak update status dengan cerita cerita sedih. itu memang caranya dari dulu. untuk meraih simpati rakan-rakanya supaya dia tidak dipandang salah atas perbuatanya.




