Assalamualaikum, aku dah berkahwin selama 6 tahun. Belum dikurniakan anak. Tahun 2014, aku disahkan menghidapi penyakit. Selama 2 tahun aku jalani rawatan, setiap bulan tanpa jemu darahku diambil. Suami mmg setia disisi. Aku masih ingat Doktor kata, ada faktor susah hamil tu dgn penyakit yg aku hidapi.
Doktor terangkan pada suami agar dia faham, aku menangis bila doktor kata aku tk boleh fokus pada nk dapatkan anak. Aku kena fokus utk jalani rawatan. Atas nasihat Doktor, kami sepakat tunda usaha utk dapatkan zuriat. Masa tu aku fikir, lepas operation aku akan fokus utk dapatkan zuriat. Antara berani & tidak aku tanda tangan surat pembedahan.
March 2017 aku selesai jalani pembedahan beserta komplikasi, selama 33 hari aku menggunakan feeding tube. Hanya susu setiap 3 jam santapan aku. Aku down. Tapi Alhamdulillah semangat aku kuat. Allah membantu aku. Aku sembuh. Tapi sejak pembedahan tu aku jadi kurang sihat. Kerap masuk wad. Setiap bulan mmg rutin aku ke hospital.
Baru2 ni Doc tunjukkan ujian darah aku yg terbaru, Doc kata ada sel kan ser. Doc perjelaskan. Aku terkejut. Aku perlu jalani kimoterapi. Aku tersentak. Dalam pada aku mengatur utk sihat, utk dapatkan anak rupanya Allah aturkan lain.
Hati aku boleh aku pujuk walau sesusah mana pun. Aku tahu hati aku kuat. Tapi mcm mana dgn hati yg satu lagi? Aku buntu, mcm mana aku nk susun kata perjelaskan pada suami tentang penyakit aku yang dah jadi kan ser ni. Dia suami yang baik, 6 tahun kami diuji dgn aku yg sakit. Agaknya sampai bila dia mampu bertahan?
Aku sedih, nampaknya jauh lagi perjalanan aku dgn jarum. Mungkin berakhir dgn ajal tanpa sempat kami merasa nikmatnya memiliki zuriat sendiri. Dan esok ulang tahun kelahiran aku min, dalam gelak tawa aku sendirian menangis mengenangkan nasib entah ini mungkin ulang tahun aku yg terakhir.




