Assalamualaikum,terima kasih jika admin masih sudi menyiarkan kisah saya.saya ni pengikut setia page ni,dan ada juga beberapa kali kisah saya telah disiarkan.
Luahan kali ini ialah lebih kepada pertanyaan. selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga, perkahwinan kami diuji dengan orang ketiga.
Ramai netizen menyarankan untuk saya move on dan berpisah. cuma saya ada beberapa persoalan, sebelum ini, saya telah membeli sebidang tanah, dan suami telah membuat rumah dan lantaran kebod0han saya ketika itu, saya telah izinkan suami meletakkan namanya dalam geran tanah. jadi tanah dan rumah yang kami duduki sekarang ni, adalah atas nama suami walaupun tanah itu saya yang beli menggunakan personal loan.
Kesilapan kedua pula, Lantaran kasih sayang saya pada suami dan tidak ingin melihat dia hidup susah saya bersetuju membayar penuh harga kereta walaupun kereta tersebut dibeli atas nama suami. dan bayaran tersebut saya buat menggunakan personal loan. ya, saya akui, kebod0han itu disebabkan saya merasa sangat sayang pada suami, dan saya juga terlalu yakin bahawa apabila saya bekorban untuknya, dia akan menghargainya. Saya ingat panas hingga ke petang rupanya ribut taufan melanda semasa tahun ke 11 perkahwinan. saya ada 4 anak, yang sulung oku, yang kedua sakit. pada fikiran saya, tidak mungkinlah suami sanggup menduakan saya kerana kami ada anak yang sakit, dan saya banyak bekorban untuknya. tetapi sangkaan saya silap apabila suami mula kembali bercinta, rupanya lebih teruk dari anak muda bercinta. angau, gila bayang, hari hari menghadap telefon.
Rasanya jika saya nak cerita apa lagi yang berlaku setelah rmhtangga saya disondol, perlu buat part 2 pula. tapi kali ni, saya ingin bertanya pada netizen, bagaimana saya ingin mendapat kembali hak saya? jika saya bercerai dengan suami, apakah cara yang dapat saya lakukan agar saya dapat balik hak saya, macam tanah, kereta yang saya bayarkan? saya hanya inginkan hak saya supaya saya dapat bahagiakan anak saya dan gunakan wang itu untuk urusan perubatan anak saya. bukan saya tidak redha, selama perkahwinan, terlalu banyak saya redha, betul, ada orang boleh cakap, move on je lah, cerai jelah, biarlah harta, duit tu semua. tapi jika saya tak mampu nak menyara anak saya, siapa yang boleh bantu? saya tidak akan sekali kali memberi anak saya pada suami yang mana dia sendiri tak mampu nak bimbing diri sendiri,biarlah.. aibnya. Allah yang tahu
Nak move on, bercerai tu senang jika kita redha. tapi maaflah saya tak mampu nak redha dan melihat dia bergembira dengan kesenangan yang mana sebahagian darinya hasil pengorbanan dan titik peluh saya bekerja. nafkah yang sepatutnya saya dapat, anak dapat memang tak pernah merasa tapi boleh pula dia membelanjakan duitnya kepada hal yang haram. jika ada pembaca yang mengetahui bagaimana cara dan apa yang perlu saya buat untuk fight harta sepencarian, hak saya dan nafkah tertunggak mohon munculkan diri. sekian, terima kasih..




