Assalam min, aku taktau betul ke tak cara aku ni, tp aku terasa nak luah perasaan tanpa orang nilai siapa aku. Aku surirumah sepenuh masa. suami aku kerap kerja luar kawasan dan dalam setahun hanya berberapa bulan sahaja dia di rumah. Suami aku baik min, bertnggungjwb, sayang anak2 tapi min, dia selalu main kan isu poligami. Dia tau dari sblm kawen yang aku takkn benarkan.
Pernah dulu min, aku taknak pragnen lagi, dia ugut klu aku taknak, dia blh cri orang lain untuk kndungkn anak dia. Anak2 dia yang da ade ni aku urus sorang2 min msa dia takde. TAK pernah dia kesian..dia cuma tau dia tak puas ade anak kecik. Bkn salah aku min, kerja dia yang jdkn dia macam tu. Dia memang akan kerap jauh masa anak2 dia tgh membesar. Skrg aku da tak boleh pregnen. ada mslh kesihatan.Tp dia still ckp dia nak anak lagi n lps tu dia akn ckp yang dia tau aku da tak boleh bagi zuriat lagi.
Bagi aku dia tak bersyukur min.. Dia tau alahan aku teruk dan dengan keadaan aku skrg. Aku memang tak kan dapat urus diri n anak2 yang lain masa dia takde. Tp dia takpnh cakap cukup la sayang.. Cukup la.. Terima kasih untuk anak2 ni. Sekarang kita besarkan diorang sama2. Baru2 ni aku selalu sakit kepala. Aku pergi hospital untuk check up n doc bagi tau aku ankiety. Doc ckp aku stress banyak fikir. Min aku hilang dia lbh 1/2 thn tiap2 tahun min.. Cuba ko byangkn klu dia poligami, brp masa yang aku n anak2 aku akn ada dengan dia..
Orang slalu ckp aku hebat min sebab dapat uruskan anak2 yang ramai sendirian.. N mungkin ni la keburukkan perempuan yang berdikari.. Suami mudah lepas tgn. Min, aku rasa perasaan aku macam bola min, bila dia nak, dia usap, dia sayang. Bila dia bosan, dia sepak2 perasaan aku min. Kelmarin, aku cuba bermanja dengan dia peluk dia duduk atas riba dan tiba2 sebelum tido dia cakap pasal payung emas. Dia suruh aku meminang untuk dia, dia ugut dengan bnd yang aku paling takut min. Aku tau aku akn kehilangan dia bila dia poligami. Anak2 aku akn kehilangan bapa. dia bkn jenis yang blh buat banyak bnd dlm 1 masa. Dia jenis yang fokus 1 perkara.
Aku da tengok bagaimana bini pertama bila disisihkn, dibanding2kn. Min, andaikata aku gila, jgn disalahkn keturunan aku. Aku telah diserang secara emosi selama bertahun2. Tp mungkin lps tu aku akn lbh bhgia. Aku da taktau apa tu rasa sunyi hidup tnp dia, rindu menunggu kepulangan dia, seronok melihat dia d sisi aku stp hri, bahagia bila dia tersenyum. Aku takblh keluar dari hidup ni min. Anak2 aku da biasa senang n disayangi oleh bapa. Aku takblh ganggu perasaan diorang.aku takblh jdikn suami aku orang jahat di mata anak2. Aku takdpt byangkn anak lelaki n perempuan aku mmbesar tnp bimbingan bapa. Kenalan aku pernah pesan, bila sakit tengok la anak. N tu la yang aku akn buat skrg. Doakan min, jauhkn poligami n penceraian dari keluarga aku..
Aku ingin tua dengan dia. Jg dia smp ujg nyawa. Terima semua kedut, boroi n penyakit dia.. Salahkah aku min, krn mahukn dia untuk aku..aku tau aku tamak. Tp demi kebahagiaan anak2 aku min.. Andai kata jodoh kami bertembung dengan orang lain, doakan aku pendek umur,aku tak sanggup hadapi semua kemusnahan tu dlm hidup ni. Aku taknak kehilangan papa anak2 aku. Min aku harap anak2 perempuan aku kelak dilambatkan jodoh. Biar mereka rasa hidup ni puas2 sebelum letakkan nasib hidup mereka di ats bahu seorang lelaki.
Ada lelaki yang hanya melihat nilai perempuan dari ats apa yang perempuan tu blh bg n bkn dari apa yang mereka blh kongsi. Ini lah yang orang tua2 ckp pahit sebuah perkahwinan. Bila si suami meluahkn perkataan yang menghiris hati isteri kemudian biarkan shj spt ia hny ungkapan biasa. hati isteri ni bagai tiada nilai di mata dia. Min, Kalau skrg ni hati aku dilayan spt ini, macam mn la agaknya nasib aku bila dia da ada yang lain. Doakan masa tu aku da tiada ya min..




