Assalamualaikum Admin dan warga KRT..
Aku seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Selama 6 tahun berkahwin susah dan senang aku dan suami harungi bersama. Sehinggalah saat ini, suami masih lagi bersama walaupun berat ujian yang dia terpaksa pikul. Aku bersalah terhadap suami dan anak2. Banyak yang aku sembunyikan selama 5 tahun perkahwinan aku terjerat dengan hutang keliling pinggang tanpa pengetahuan suami. Sehinggakan aku pecah amanah dalam syarikat yang mana jumlahnya agak besar dan perbuatan aku dihidu oleh majikan.
Dek kerana desakan dan ugutan yang aku terima dari peminjam wang, aku bertindak diluar batas akal yang mana aku tahu buruknya pada masa akan datang. Yaa, matlamat tidak menghalalkan cara. Betapa berdosanya aku terhadap suami, anak2 dan keluarga. Doakan supaya suami aku tabah dalam menguruskan anak2 semasa ketiadaan aku. Semoga suamiku bertemu jodoh yang lebih baik dalam menjaga keperluan hariannya dan menjadi ibu yang boleh menyayangi anak2 kami seperti mana aku menyayangi mereka.
Sehingga saat ini suami masih berusaha mencari duit bagi membayar kepada majikan supaya tiada tindakan undang2 di ambil terhadap aku. Aku yang bersalah, tetapi suami tetap maafkan aku dan berusaha untuk menyelamatkan aku. Aku sayang pada suami dan anak2. Cuma aku dah mengalah, terasa nak bunuh diri supaya aku tak lagi membebankan suami. Apa saja tindakan yang majikan akan ambil Isnin nanti aku akan terima dengan ikhlas takdir hidup aku.
Kepada suamiku, ketahuilah cinta ini tak pernah pudar walau sesaat. Terima kasih masih setia disisi saya sehingga saat ini. Buat anak2, walaupun kelak mama tak lagi mampu menyuapkan kalian dengan tangan mama dan tidur disebelah kalian, membesarlah jadi anak yang soleh dan berbakti kepada ayahmu. Salam sayang, Mama.




