Assalamualaikum…mintak admin hidden yer nama sya. Kisah sya ni panjang betul. tapi sya cuba pendekkan untuk pengajaran mereka isteri2 yg terlalu sayangkan suami. Sya berkahwin hampir 17 tahun dalam masa 17 tahun sya dah redho dah dengan perkahwinan kami baik dan buruk. Lepas sya abis study sya berkenalan dengan seorang lelaki iaitu bekas suami sya sekarang…
Masa belajar sya tak pernah bercinta sbb sya org susah so sya bagi tumpuan penuh kat pelajaran walaupun masa tu semua kawan2 dah ada couple masing2.
Sampailah disuatu saat sya berkenalan dgn bekas suami dlm alam maya.
Bermula detik tu.. hidup sya ni macam happy sgt sbb ada yg caring pasal kita kan…masa tu budak2 agik dlm 21 camtu la. Baru nak kenal cinta.. Habis jer study bekas suami sya melamar sya..jumpa mak ayah sya. Dalam masa yg sama sya pun ada seorang abg angkat yg baik dgn sya. Sya tahu abg angkat sya ni ada hati dgn sya tapi disebabkan hati dah jatuh cinta dgn bekas suami sya tolak cinta abg angkat sya dan sya carikan jodoh untuk dia. Padahal pada masa tu abg angkat sya ni dah ada semuanya. tapi masa tu hati sya seolah2 ditutup dgn rasa cinta yg mendalam terhadap bekas suami.
Dalam duk bercinta bekas suami tak pernah cerita yg dia ni baru jer lepas bercerai dgn isteri dia dan ada anak 3 org. Yg sya tahu dia ni bujang sampailah suatu saat bekas isteri dia call mak sya kat kg bagi tau yg bekas suami dia ni ada anak 3 org dan mereka baru jer berpisah.
Bila sya tahu jer kebenaran tu seupama cinta yg sya bina tu cinta palsu.. bermakna pada saat tu sya putuskan hubungan sya dgn dia..tapi bekas suami tidak pernah berputus asa…sampailah mak ayah sya setuju. (Ilmu apalah yg dia pakai).
Tak lama lepas tu sya berkahwin dgn dia dgn suasana yg penuh gilang gemilang walaupun keluarga sebelah suami tak suka kehadiran sya dalam keluarga mereka. Tetapi kerana kuat rasa cinta tu sya telan setiap yg pahit.
Bermulalah episod duka sya dalam alam perkahwinan….seminggu jer sya happy dgn perkahwinan ni yg selebihnya adalah bebanan demi bebanan yg terpaksa sya pikul. Selepas pada seminggu bekas isteri suami bagi ketiga2 anak mereka kat kami untuk kami jaga. mungkin atas rasa sya ni perampas dia nak susahkan sya dgn suami dgn bagi semua anak2 mereka untuk sya jaga.Nasib baiklah sya ni jenis yg suka budak jadi tak ada masalah untuk sya.
Cubaan demi cubaan bekas isteri dia untuk menghancurkan rumah tangga kami…tapi sya sabar dan sya kesian dgn suami masa tu. Sya ingat dia ni insan teraniaya la. Biasalah lelaki ni bila dia ceraikan isteri dia dia akan create cerita dia ni tak ada masalah yg masalah sebelah perempuan. Pernah sya tanya knapa dia ceraikan isteri dia dulu. Tapi pertanyaan sya tu disusuli dgn kemarahan.. marah diungkit kisah lalu.
Maka hiduplah sya dalam seribu pertanyaan dan bebanan. Masa kahwin seronok ingatkan suami akan memenuhi setiap keperluan sya tapi harapan tinggal harapan. Setiap tanggungjawab sya pikul sebaiknya tanpa sya mengadu dengan sesiapa.
Hidup sya lebih teruk dr sya bujang dulu. Suami seorang yg kedekut. Tak pernah dia beli barang keperluan sya. Yang dia beli brg dapur jer dan duit belanja pun tak pernah dia bagi walaupun sya jaga anak2 dia dan sya ambik alih semua tanggungjawab ibu dia. Sampailah anak ini semua dah meningkat dewasa.. masing2 bawak haluan masing2…ingin bebas katanya. Dan ada yg ditarik mak kandung dia untuk tinggal bersama kerana anak2 ni ada yg dah bekerja. Aku redho dan aku lepaskan semuanya sbb itu ibu kandung mereka. Aku pun ada zuriat sendiri dgn suami aku ni ..4 org. Dan 1 anak syurga.
Masa berlalu dan terus berlalu. Pelbagai ujian dalam rumah tangga kami. Kami dah banyak kali hampir2 bercerai tapi suami aku ni bijak susun langkah untuk pastikan aku ni tetap isteri dia.
5 thn berkahwin aku dapat offer berkerja dgn goverment. Seronok bukan main agik aku dgn suami. Maksudnya kami akan senang sikit la dr kebiasaan. Start dr aku kerja gov ni la…malapetaka paling besar dlm hidup aku. Suami aku mencari peluang berniaga katanya kalau berniaga ni leh senang sikit dan masa tu bebas sikit. Maka di sarankan aku untuk buat personal loan untuk mulakan bisnes. Ikut perjanjian dia akan bayar bulan2 cuma guna nama aku jer kat pinjaman tu. Setelah berfikir panjang dan perasaan syg kat suami ni terlalu mendalam aku buat pinjaman pertama.
Pinjaman kedua aku buat bila dia cakap ada org nak jual tanah murah kat kg dia..
Pinjama ke3 aku buat untuk hantar anak dia kat tempat pemulihan akhlak swasta .
Dan pinjaman demi pinjaman yg aku sendiri dah tak tahu yg keberapa sampailah pihak bank kata aku dah tak layak untuk membuat pinjaman..
Hutang aku kat bank dah mencecah 120k..
Katanya dia akan bayar. tapi janji hanya tinggal janji…sampailah disuatu masa usia perkahwinan kami mencecah 15 thn sekali lagi aku diuji dgn ujian yg besar bila aku dapat tahu bekas suami ada skandal dgn bekas kekasih dia dulu. Habis semua citer hal dlm rumah tangga dia cerita kat perempuan tu.
Sakit hati masa tu Allah jer yg tahu.Bila sya dapat tahu dia bagi duit sya kat perempuan tu…masa tu sya dah buang perasaan syg sya kat suami dah…sya campakkan semuanya. Tapi mak sya berjaya pulihkan hubungan sya dgn bekas suami…sya maafkan bekas suami tapi tanpa sya sedar perasaan syg hilang bersama tipu daya dia. Bermulalah suami dapat duit imbuhan yg ditunggu sekian lama. Janji dia duit ini nanti untuk settlekan hutang2 yg ada.. hati sya sikit berbunga2 dgn janji tu. Tunggu tunggu. bila dapat jer duit tu dia dah x kenal siapa sya…satu sen duit dia cukup berharga. Sikit pun dia tak bagi sya pegang duit tu…hutang sya jgn cakap la nak bayar. mmg tak la.
Masa tu sya nekad dah. sya tak leh hidup dgn dia yg terlampau berkira dgn sya.
Sya dah nampak belang dia bila dia ada duit. Sya mula failkan penceraian untuk bagi pengajaran untuk dia. Mulanya sebagai pengajaran untuk dia. Tapi bila dalam tempoh tu dia melakukan kekasan kat sya.. dia bomohkan sya supaya sya kembali pada dia.. dia malukan sya dengan saudara mara dia. dia aibkan sya kat fb. maka pada masa tu sya tahu maruah sya dah dipijak2. sya nekad untuk keluar dr semua nii… Alhamdulilah akhirnya sya berjaya keluar dr kehidupan dia. dan sya bawa anak2 skali.. biar sya susah jaga anak dr sya susah jaga suami.
Bila berlaku penceraian hutang yg ada tu satu sen pun dia tak nak bayar…nafkah anak lagilah.
Apa yg aku tahu sekarang dia mengejar cinta janda yg leh ubati kesunyian dia. Kami dan anak2 dibiarkan tanpa tanya khabar. Duit dia dihabiskan untuk janda tu. Yang paling menyakitkan bila dia post kat kegembiraan mereka dipertemukan Allah jodoh yg tepat dan pada masa yg tepat dan tudung yg perempuan tu pakai adalah tudung aku dulu. Tak salah mencari bahagia.. dan aku dah redho dgn apa yg berlaku. tapi jgn dibakar hati2 yg ada. Anak2 aku berjauh hati dgn ayah dia. Ku harapkan kisahku ini menjadi pengajaran isteri2 diluar sana. Sygkan suami jangan sampai membebankan kita.
Perpada2 lah sygkan suami sbb bila bercerai semua kebaikan kita selama ini sudah ditelan bumi.




