Assalamualaikum warga krt dan admin. saya mohon siarkan post saya sbb saya mmg perlukan pertolongan dan pendapat warga krt skng ni. Saya isteri berumur lewat 20an dan juga suami. usia perkahwinan masih 2 tahun. saya bekerja sebagai penjawat awam dan suami pula salesman yg tiada pendapatan tetap. Saya mengandung anak sulung 7 bulan. Baru2 ni suami saya kantoi bermesej dgn rakan sekerja iaitu berstatus isteri org. Suami mengaku menyayangi wanita tersebut. Saya seorg isteri yg tak kesah pasal poligami, kami pernah berbincang pasal poligami walaupun usia perkahwinan kami baru 2 tahun dan situasi saya pregnant tapi saya gagahkan juga utk redha dgn isu mahu poligami apabila dia mampu kelak.
saya bukan isteri yang menentang poligami tapi isunya sekarang suami saya pendapatan tidak tetap kadang gaji rm500 sebulan dan saya yg perlu menanggung perbelanjaan rumah dan sewa rumah. ditambahkan pula dgn status wanita tersebut adalah isteri org yg ada masalah dgn suaminya. Suami saya mengaku awalnya tidak berniat utk berlaku curang tapi disebabkan suami memberi ruang utk wanita tersebut berkongsi masalahnya dgn suami, lama2 mereka terbawa2 dgn perasaan dan merancang utk berkahwin bila wanita tersebut dilepaskan suaminya nanti.
Saya rasa suami ambil kesempatan atas keizinan saya utk berpoligami, tapi keizinan saya apabila suami mampu kelak bukannya sekarang, dimana saya yg perlu menanggung perbelanjaan rumah. Saya tekad utk berpisah dgn suami kerana saya cukup berkorban dlm rumah tangga saya dan dia seakan tidak menghargai saya malah berlaku curang ketika saya hamilkan anak sulungnya 7 bulan. Saya berasa malu dgn keluarga saya, sbb saya selalu back up suami dan jaga aib suami bab2 nafkah dan sanggup tipu ibubapa saya dgn mengatakan suami yg memberi nafkah pada saya.
Soalan saya, bila perlu saya failkan kes cerai? adakah selepas saya melahirkan anak atau sebelum? suami bersetuju utk berpisah secara baik. Dan dia tidak membantah. Saya berikan dia ruang utk dia perjuangkan cinta dia dgn wanita tersebut. Saya putus asa utk pertahankan rumah tangga sbb cukuplah bagi saya setakat sini sahaja. Saya pon tidak berhubung dgn wanita tersebut, walaupon saya kenal dia siapa. Kalau dia mahukan suami saya, saya relakan. saya undur diri. Saya tahu suami saya tak mampu utk poligami bukan sbb saya menentang poligami. Saya akan besarkan anak yg bakal saya lahirkan nanti sebaiknya. semoga Allah beri saya kekuatan dan keredhaan. Saya anggap ini adalah ujian Allah utk saya lebih dekat dgnNya.
Mana2 warga krt yg tahu prosedur menfailkan kes bagi isteri yg mengandung saya mohon komen dan bantuan pendapat dan maklumat. Dan bagaimana hak penjagaan anak selepas bersalin? sekian terima kasih.




