Salam min. Tolong siar kisah yang ni.
Nak minta pendapat sahabat handai yang boleh membantu. Salam, saya suami berusia 20an,ada isteri dan 2 orang ank. Saya berkawin dengan isteri saya pada usia yang muda, isteri saya 7tahun lebih berusia dari saya. Kehidupan kami sangat bahagia. Saya dan isteri berniaga kain tudung sejak dari awal perkenalan lagi.
Biasalah dalam dunia berniaga ni, ada masa untung, ada masa rugi. Masalah saya bukan isu perniagaan atau kewangan. Tp masalah isu konflik campur tangan keluarga. Saya berkawin dengan janda berhias min masa saya kenal saya sudah tahu kalau dia janda jadi tak ada isu lah saya ni minat anak dare berbanding janda. Tapi masalah bermula bila abg saya, asayaik timbulkan isu. Dr bkwan, dia asayaik beri cadangan menhasut spy saya memilih anak dara dibanding isteri saya.
Isteri saya mmg lah berusia jauh dari saya min, tapi dr wajah, kulit dan penampilan dia mmg cantik dan pandai mejaga diri. Dan ada satu hari, saya nak jimatakan kos, bli scara pukal, dan nk memerlukan modal yg banyak. Saya pun try minta loan dari abg sendiri. Dan syarat2 dia abg saya nak tau details habis pasal isteri saya, dia bertanya, adakah isteri saya masih ada dara ketika bernikah dengan saya. Padahal anak sulung saya dah keluar dah min.. Dah 8 bulan dah masa tu. Tak cukup dengan tu, dituduhnya anak sulung saya, anak luar nikah.
Baru2 ni saya ada bertengkar dengan isteri min, rupanya benda ni menjadi dendam, dan barah dalam rumah tangga saya. Mak saya dan abg saya mencadangkan saya menceraikan isteri saya min. Apa yang patut saya buat min?
Isteri saya bukan sj cantik min, pandai masak, pandai berniaga, dan pandai jaga rumah tangga,tapi sayaurga bawah tapak kaki ibu. Buat pengetahuan, mak mmg tak suka isteri saya, sbb isteri saya berusia dan janda. Saya keliru nak buat keputusan. Harap dapatlah membantu saya buat keputusan. Terima kasih admin.




