Maaf min, ini account adik aku. Aku nak pinjam jap dan tolong seperti biasa ye min. Aku Tak tau nak mengadu macam Mana dah. Hidup aku terumbang ambing. Penuh dengan dosa yang amat hina sekali. Aku kenal dengan seorang duda yang bekerja sebagai unit beruniform di Kuching. Kami berkenalan semasa aku bercuti di sana. Mula2 kami kenal kerana ada urusan sewa menyewa (maaf Tak nak cerita detail sangat). Dari situ kami berkenalan untuk urusan kerja sahaja. Akhirnya kami bercinta dengan tempoh 1 bln tempoh berkenalan.
Dia alim, solat tak tinggal cuma nakal sikit. Aku terpesona dengan wajahnya yang tampan nampak bersih je. Tipu la aku kalau kami Tak terlanjur. Ye.. aku terlanjur banyak Kali bersama dia di hotel2 tempat kami melepaskan nafsu. kejinya aku kan? Aku sangat mencintai dia sehingga sanggup buat apa saja demi dia. aku tak mahu diratah2 lagi tanpa ada ikatan yang sah. Tapi.. dia kata Maknya takkan terima menantu seperti orang seperti aku. Aku sedih min.. adakah aku begitu hina sekali pada keluarga dia? Senyap2 dia berkenalan dengan calon menantu pilihan keluarga dia min.
Pada masa itu aku mengandung anak dia Apa yang menghancurkan hati aku dia suruh aku gugurkan kandungan aku disebabkan dia akan bernikah dengan calon menantu pilihan keluarga dia. Akhirnya aku dengan kejamnya mengugurkan kandunganku yang dah masuk ke 6 minggu pada bln 10 tahun yang lepas. Dia menjaga aku ketika berpantang. Hancur hati aku min… Kejamnya dia.. tergamak dia paksa aku gugurkan kandungan aku, anak dia sendiri. Pada tgh bln December tahun lepas dia selamat bernikah dengan calon menantu keluarganya tu.
Tapi pada masa yang sama dia Tak mahu aku tinggalkan dia. Aku yang bod0h Ni pun tetap setia menanti walaupun dia dah jadi milik orang. Abang.. sampai bila nak buat sayang begini? Aku teringin nak ceritakan semua ini pada isteri dia tapi dihalang kerana Tak mahu mendapat malu. Kau tunggu la pembalasan kau abang. Aku tahu aku pendosa, aku takkan maafkan kau.




